Showing posts with label Kesayanganku. Show all posts
Showing posts with label Kesayanganku. Show all posts
Saturday, March 23
Sunday, March 17
Ulangtahun Perkahwinan
Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia
lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian
hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan
perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada
penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta
dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa
kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan
solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-8 buat suamiku...
Credit picture HERE
Credit picture Google search
Sunday, August 26
Coretan di Hari Raya 2012
Sesi penggambaran semua cucu bersama Atuk dan Nyai di pagi hari raya keempat.
Huda dah mula meragam dan menangis tak nak bergambar.
Muka anak2 saudara Nur yang tak bersedia... Kelihatan kelibat Huda berlari mendapatkan ibunya.
Sesi pengambaran bermula..
Alahai tak ready lagi ke Atuk dan Nyai..
Susah benar nak ambil gambar.. Kamera banyak sangat.. hehe..
Bersama anak2 saudara yang dah bujang dan anak dara.. Mereka ni tinggi dan dah masuk sekolah menengah.. Hmm macam nak lawan ketinggian makciknya yang menonjang... :)
Bonda tersayang menyambut Hari Lahirnya pada hari ini (26 Ogos).
Terlanjur berkumpul bersama semua adik beradik, kami meraikannya agak awal iaitu pada 22 Ogos.
Semalam bonda tidak sihat (demam). Sepatutnya bonda Nur dan abah datang ke JB untuk datang ke rumah terbuka abang Nur yang sulung. Namun apakan daya, kita hanya merancang. Bonda wakilkan anak2 untuk datang ke majlis tersebut. Syukurlah kesihatan beliau beransur pulih.
"Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Bonda tercinta dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin"
Kek yang dibeli untuk dijamu bersama semua ahli keluarga.
Malamnya pula sesi bermain bunga api.
Leka benar mereka..
Sempat berposing...
2 anak saudara Nur yang yang sebaya.. Nazmin dan Humaira.
Senyum jangan tak senyum...
Yes.. dapat lagi bunga api...
Anak2 saudara yang dah besar panjang..
Mia yang dah pandai berjalan. Cantik baju Mia..
Baju ni dibeli oleh ibunya waktu menunaikan umrah bersama Nur bulan Mei yang lalu.
Sekian dulu, coretan ringkas buat kali ni. Ada masa nanti, Nur sambung lagi kisah2 menarik waktu bercuti di kampung halaman tercinta.
Sekian, jumpa lagi semua. Salam Aidilfitri.
p/s : Pada rakan2, jemput join GA ke-3 Nur yang sangat mudah dan ringkas. Tarikh tutup pada 31 Ogos 2012 jam 11.59 malam.
Sila klik di link berikut :
Sila klik di link berikut :
Labels:
Anak Saudara,
Balik Kg,
Hari Raya,
Kesayanganku,
My Family
Friday, August 17
Happy Birthday to My Beloved Husband
Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..
Semoga rahmatNya
sentiasa mengiringi langkahmu
Semoga kejayaan
sentiasa dekat di sisimu
Semoga bahagia
itu milik kita berdua
Semoga segala
impianmu akan bertukar menjadi realiti. Amin.
Credit picture :Birthday Wishes for Husband
Kredit gambar : Google
Thursday, June 7
Twinkle Twinkle Version Humaira
Cute tak?? Nama anak saudara Nur ni Humaira.
Memang suka sangat menyakat Humaira..
Dia dengan rela hati membenarkan Nur merakam aksinya ni dengan kamera. English Pronunciation dia pun sangat baik.. :D
Gift From My Beloved Sister
Cuba teka apa di dalam beg ni??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaaaaaaaaaa... hadiah birthday daripada kakak tersayang.. Kak Lin.
Cantik tak beg yang Nur dapat ni.. Puas ronda2 dalam Pacific Kluang.. Akhirnya bertemu dengan yang berkenan di hati.
"Terima kasih banyak Kak Lin..
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikanmu. Semoga hidupmu sekeluarga diberkati dan dirahmati olehNya. Amin. "
Ada 2 tali beg disediakan.. Satu yg pendek dan satu lagi yg panjang..
Harganya sebelum "sale".. Mahal tu...
Bahagian dalam handbag.. suka sebab banyak compartments.. :)
p/s : Kakak Nur, Kak Lin baru sahaja memenangi hadiah kereta Perodua MyVi 1.5 SE Auto hasil penyertaannya dalam peraduan anjuran Samsung Malaysia.. Ni entrinya..
29 Mei yang lepas, kereta tu dah pun selamat sampai di tangan kakakku..
Bertuahnya dia..
Inilah kereta kakakku.. Hari pertama beliau terima terus dibasahi dengan hujan.. Mungkin hujan rahmat..
Hari Isnin nanti kakak kedua Nur melaram dengan kereta baru...
Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaan yang tidak terduga buat insan2 yang kusayang...
Wednesday, June 6
Aktiviti Anak2 Saudara Musim Cuti Sekolah
Salam buat semua,
Apa khabar semua? Anda semua dah menikmati juadah makan tengah hari? Pada yang belum, jangan makan lewat sangat takut nanti perut masuk angin.
Hari ni keluarga abang Nur dan pun selamat pulang ke Kuala Lumpur. 3 hari mereka menghabiskan cuti di kampung. Riuh rendah rumah bonda di kampung dengan gelak dan tawa anak2 saudara. Zikry, Zameel dan Zafry memang gemar bergurau semasa mereka.. Kadang kala kakak sulung mereka, Zahra pun jadi mangsa usikan mereka. Semalam, kami menghabiskan masa bermandi-manda di Diamond Hill Resort, Padang Tembak, Kluang bersama anak2 kakak.
Seronok benar mereka bila dapat mandi-manda di sana sampai tak nak balik. Bayaran yang dikenakan untuk orang dewasa ialah RM6 manakala kanak2 pula ialah RM4. Tak larat rasanya kakak ipar Nur nak menjawab soalan anak kecilnya yang bernama Zafry. Setiap masa dia bertanyakan bila hendak membawa dirinya mandi di kolam renang. Sabar je lah...
Kepada Abang kedua Nur dan isteri,
"Happy 14-th Anniversary.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina beroleh kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga."
Bulan 9 nanti bertambah lagi ahli keluarga mereka, kerana kakak ipar Nur akan melahirkan anak kelimanya, Insya-Allah.
Inilah beberapa gambar yang boleh dikongsikan untuk tatapan anda semua.
Diamond Hill Resort.
Anak2 saudara Nur.. Anak kakak dan abang kedua.
Buah tangan dari kampung kakak ipar.
Menikmati menu bersama2. Mee kuning tu pula menu sarapan semalam.
Ok jumpa lagi di lain entri.. Wassalam.
Saturday, June 2
Today is My Birthday..
Salam buat semua,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni Nur masih diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah. Moga Nur dapat menjadi insan yang lebih positif dan lebih baik lagi selepas ini.
Pada tahun 2012 ini Nur telah menerima hadiah yang cukup bermakna dari suami tersayang. Besar maknanya buat diri ini dan amat bersyukur dengan kesempatan menjadi tetamuNya. Terima kasih tidak terhingga buat suami tersayang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikanmu itu. Amin.
Pada tahun 2012 ini Nur telah menerima hadiah yang cukup bermakna dari suami tersayang. Besar maknanya buat diri ini dan amat bersyukur dengan kesempatan menjadi tetamuNya. Terima kasih tidak terhingga buat suami tersayang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikanmu itu. Amin.
Nur suka akan kata-hikmah ini :
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada
Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! - Julmazli Dot Com
Sejak jam 11 malam, facebook Nur telah dihujani dengan ucapan2 hari lahir dari ahli keluarga, rakan2 dan anak2 murid.. Terima kasih semua dan terima kasih atas doa-doa yang kalian titipkan buat diri ini. Terharu sangat dan terasa diri ini dihargai. Hidup ini akan lebih ceria bila mana ada yang menyayangi dan mengingati diri kita.
Ok jumpa lagi ye di lain entri.
Sekian, wassalam.
Credit picture : Google search.
Wednesday, May 30
Indahnya Pemandangan Ketika Matahari Terbenam
Subhanallah... Indahnya pemandangan sewaktu matahari terbenam.
Gambar ini sempat Nur rakam ketika selesai aktiviti mencabut rumput di sekitar halaman rumah bonda di kampung. Masa ni hanya sempat merakamkan menggunakan handphone Blackberry.
Matahari melabuhkan sinarnya.
Si kecik Nabil menunjukkan aksinya...
p/s : Pagi tadi Nur sempat mendaki Gunung Lambak bersama anak saudara,Uddin untuk kesekian kalinya. Nantikan entrinya esok.. Insya-Allah.. Sekian, wassalam.
Saturday, May 19
Tahniah buat kakakku atas kemenangan yang tidak terjangka
Credit picture Google
Inilah kereta yang bakal diterima oleh kakakku..Perodua MyVi 1.5 SE Auto
Tahniah buat kakakku atas kemenangan yang tidak dijangka.
Kebetulan hadiah ini diterima sebaik sahaja sambutan hari guru. Syukur Alhamdulillah... diriku tumpang gembira bila melihat insan-insan tersayang menerima anugerah tidak terjangka.
Credit to Samsung Malaysia (FB : http://www.facebook.com/samsungmalaysia )
Subscribe to:
Posts (Atom)





















