Sila klik link bawah...

Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Monday, October 1

Jenguk Baby Auni Yang Comel



 
Salam buat semua,
Hujung minggu ni Nur dan family dari Kluang sempat menjenguk anak saudara Nur yang baru lahir di Negeri Sembilan. (Klik SINI untuk entri yang pernah Nur tulis). Abang Nur dan kakak ipar sepakat menamakan puteri keduanya ini dengan nama Zahira Auni. Sememangnya sukar hendak meluangkan masa untuk menziarahinya kerana setiap Sabtu pasti ada sahaja aktiviti seperti sekolah ganti dan program di sekolah. Nur dan kakak sekeluarga membawa bonda dan abah dari kampung untuk menjenguk cucu mereka yang keempat belas. Syukurlah perjalanan ke destinasi agak lancar. 
 
Maaf buat Kak Zakie kerana tidak dapat menjawab pertanyaannya tentang jemputan Rina AVAIL. Nur tidak dapat hadir ke majlis adik ipar Rina sebab telah merancang program dengan keluarga sendiri. Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa. Terima kasih buat Rina AVAIL di atas jemputan.
 
Pulang sahaja dari Negeri Sembilan, badan terasa sakit2. Mungkin kurang rehat. Demam, sakit tekak, batuk dan selesema, sememangnya kali ni semua penyakit dapat serentak. Agenda hari ni cuma berehat sahaja di rumah setelah berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Taman U.
 
 
 
 
Esok semua pelajar2 Tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar2 Tingkatan 3 pula akan menduduki Peperiksaan PMR.  (Terima kasih kepada Kak ckLah kerana membetulkan kenyataan Nur ni..)
 
"Buat adik2 dan anak2 didikku, Selamat maju jaya diucapkan. Semoga kalian semua dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik."
 
Ada ke anak2 rakan2 blogger yang menduduki peperiksaan PMR juga? Good luck ye..
 
Hmm esok kena hadir mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM. Banyaklah yang kena dijawab tu nanti memandangkan keputusan kurang memuaskan.
 
Ok jumpa lagi semua. Terima kasih atas kesudian teman2 berkunjung dan membaca entri ini. Wassalam.
 

Kredit gambar : Google Search
 

Monday, September 3

Peneman setiaku dan Ku Pilih Hatimu

 
Tisu jadi peneman setiaku..
 
 

Salam buat semua.
Apa khabar rakan2 semua? Nur masih belum pulih sepenuhnya dari selesema. Namun demam dah kebah. Syukur Alhamdulillah.. Ramai benar rakan2 yang MC dan pergi menghadiri kursus hari ni. Mujurlah Nur masih diberi kekuatan untuk hadir ke sekolah walaupun belum pulih sepenuhnya dari demam sejak 2 hari lepas.
 
Tiba di sek, Nur dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tercinta pada rakan sejawat, Kak Zarina. Salam takziah buat Kak Zarina dan keluarga, semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian dariNya. Untuk pengetahuan semua, Kak Zarina sempat berbakti menjaga ayahnya di Terengganu pada cuti Hari Raya yang lepas. Pada masa itu, kita sedang sibuk membuat persiapan hari raya, tetapi beliau dan ahli keluarga beliau bergilir2 menjaga arwah ayahnya yang sakit terlantar di hospital di Terengganu. Al-Fatihah untuk arwah. Sempat mendengar kisahnya pada minggu lepas sebaik sahaja naik sekolah. Menurutnya dia perlu menyiapkan kerja2 menanda kertas percubaan PMR dan Ujian 2 Tingkatan 4 sambil menemankan dan menjaga arwah ayahnya sepanjang cuti. Namun Allah lebih menyayangi ayahnya. Semoga roh arwah ayahanda Kak Zarina ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah buat beliau dan ahli keluarganya.
 
Nur perlu menyiapkan soalan Kertas 2 Percubaan SPM Sains. Sambil tu suka sangat mendengar alunan lagu Alyah.. "Kau yang Terindah". Tak mengikuti pun dramanya.. cuma suka lagu ni. Dan Nur suka juga lagu "Ku Pilih Hatimu" nyanyian Ussy Feat Andhika Pratama (lagu ni dimainkan dalam OST Saiful Nita yang bakal ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda esok.
 
Ok selamat malam semua. Terima kasih atas doa dan keprihatinan rakan2 blogger di dalam entri yang lepas. Hanya Allah yang dapat membalasnya, Amin.
 
Jumpa lagi, Insya-Allah di lain entri.
 
Salam Aidilfitri.. :)

 
 
 
 
Ku Pilih Hatimu (Ussy Feat Andhika Pratama)

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu

Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh


Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati
 
 
 

Tuesday, January 17

Akhirnya Aku Mampu Tersenyum

Credit picture : Google Search

Salam buat semua.
Syukur Alhamdulillah, pagi tadi Nur telah selamat menjalani rawatan akar atau root canal treatment. Rawatan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Rasa kebas akibat ubat bius juga telahpun hilang dalam tempoh 3 jam. Doktor menasihatkan agar Nur tidak mengunyah di bahagian gigi yang baru dirawat beberapa jam selepas rawatan dan datang semula untuk pemeriksaan lanjutan dalam tempoh 6 bulan lagi.

Ini merupakan pengalaman kali kedua mengalami rawatan ini. Kali pertama ialah sewaktu Nur masih belajar di universiti. Ada juga yang bertanya apakah punca gigi geraham Nur boleh berlubang? Puncanya ialah akibat tergigit bendasing iaitu serpihan batu di dalam nasi sewaktu makan tengah hari di kantin sekolah pada tahun lepas. Jadi nasihat Nur buat rakan2 semua, silalah pastikan beras yang hendak ditanak bersih daripada sebarang bendasing.

Sedih juga mengenangkan peristiwa tersebut, namun perkara itu dah pun terjadi dan tidak disengajakan. Lepas ni kena lebih berhati2 ketika makan kerana tidak mahu perkara yang sama berulang. Kebetulan seorang daripada rakan sekerja juga mengalami masalah gigi tapi situasi dia berbeza kerana gigi geraham bongsu beliau tumbuh secara condong dan esok beliau perlu ke Hospital Sultanah Aminah untuk menjalani X-ray dan diikuti dengan pembedahan kecil. Ngeri bukan... Memang rakan Nur tu mengalami bengkak yang agak teruk di pipi sehingga mendapat teguran rakan2.

Video tersebut memberi penerangan lanjut tentang rawatan yang Nur jalani.












Kredit : MyHEALTHKKM

Rasanya itu sahaja coretan untuk hari ni. Mungkin catatan pengalaman ini boleh menjadi panduan untuk semua. Jangan terus mengambil keputusan untuk mencabut gigi yang sakit, ambillah langkah alternatif untuk menjalani rawatan akar atau root canal treatment ini. Sejumlah wang yang anda keluarkan, dapat menyelamatkan sebatang gigi yang tiada galang gantinya.

Sekian, wassalam.


p/s : Kos rawatan ini Nur tidak pasti berapa kerana Nur hanya perlu mengemukakan borang Guarantee Letter (GL). Banyak lagi info kesihatan sebagai panduan kita di laman web ini


Friday, January 13

Sakit gigi kembali berulang

Credit picture : Google search






Gigi gerahamku dah ditampal pada 5 Januari lepas, tapi hari ni sakitnya datang kembali. Terpaksalah sekali lagi  Nur gagahkan diri ke Klinik Kesihatan Taman Universiti untuk berjumpa dengan doktor. Inilah ubat tahan sakit dan pil antibiotik yang diberi oleh doktor. Minggu hadapan Nur akan jalani rawatan akar @ root canal treatment. Alahai gerunnya...

Mode : Berehat
.
.
.
.



Thursday, September 8

Tak sihat...


Credit picture  : Google search..

Salam buat semua,
Sejak hari Ahad yang lepas, badan agak lemah dan tak sihat..
Selesema dan batuk sudah datang menyerang.
Pada semua, jaga kesihatan ye di hari lebaran..

Mode : Berehat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...