Credit picture : Google search
Gigi gerahamku dah ditampal pada 5 Januari lepas, tapi hari ni sakitnya datang kembali. Terpaksalah sekali lagi Nur gagahkan diri ke Klinik Kesihatan Taman Universiti untuk berjumpa dengan doktor. Inilah ubat tahan sakit dan pil antibiotik yang diberi oleh doktor. Minggu hadapan Nur akan jalani rawatan akar @ root canal treatment. Alahai gerunnya...
Mode : Berehat
.
.
.
.
huhu sakit gigi ye nur..
ReplyDeletesemoga cepat baik..jgn takut tau nk buat rawatan akar nnt..=)
Kak Wan,
DeleteYe kak.. Lemah satu badan ni.. Lepas makan ubat, kurang sikit sakitnya.. Terima kasih kak.
sakit gigi ni memang tak leh tunggu tau..baik cepat gi klinik gigi.
ReplyDeleteoh yer kamu duk kat taman universiti ker?
Kak Ina KL,
DeleteMemang betul kak.. Tu yang terus ke klinik. Saya duduk dekat dengan Taman Universiti... :)
aslmkum nur.. smga cepat sembuh ye.. penyakit ug paling akk takut ni.. dgn doctor2nya pun akk takut.. huuuuu
ReplyDeleteKak Dzana,
DeleteWaalaikummussalam kak. Terima kasih kak. Memang ikutkan hati takut juga nak jumpa doktor gigi tapi terpaksa.. ;)
rehat..tenang2kan fikiran kalao tak memang tensen la..sakit gigi sakit seluruh badan.
ReplyDeleteKak whitecappuccino,
DeleteBetul tu kak.. Sekarang ni sedang makan ubat tahan sakit. Berdenyut2.. :(
Biasanya kalau ada jangkitan doktor tidak akan cabut dulu sebab itu diberi ubat antibiotik. Selepas tiada jangkitan kuman baru dirawat.
ReplyDeleteSaudara akubiomed,
DeleteBetul tu.. Doktor memang nasihatkan makan ubat antibiotik hingga habis. Saya memang tak sabar nak jalani rawatan lanjut.