Sila klik link bawah...

Showing posts with label Rakan Blogger. Show all posts
Showing posts with label Rakan Blogger. Show all posts

Tuesday, December 4

Kunjungan Singkat ke Rumah Rakan Blogger

 


Salam buat semua,
Ini sambungan kisah pertemuan hari Sabtu lepas. Balik dari kunjungan kami ke Sedenak, Nur, Rina AVAIL, GB dan Daddy Ziyyad sekeluarga sempat singgah ke rumah Kak Zakie. Sekali lagi kami semua dijamu dengan trifle... Tapi kali ni hasil air tangan Kak Zakie dan juga puding cocktail berkuah  (eh betul ke namanya.. Maaf ye Kak Zakie, kalau salah...). Memandangkan perut kami masih lagi kenyang penangan menu2 lazat di rumah Cik Mat Gebu, kami lebih kepada sambung sesi bersembang cuma di lokasi yang berbeza. Semasa bersembang tu barulah Nur dapat tahu yang adik kedua Daddy Ziyyad, Noli pernah bertugas di sekolah Nur sebagai guru interim. Kecil kan dunia ni..
 

Inilah dia trifle versi Kak Zakie. Terlupa nak ambil gambar puding cocktail berkuah tu... gara2 ralit bersembang.
 
 

Kami semua dibekalkan dengan beberapa ulas pisang kaki (persimmon fruit). Inilah kali pertama Nur makan buah ni dan rasanya boleh tahan juga.
 
 
Rupa-rupanya banyak khasiat pisang kaki ni :
 
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
 
Kredit : SINI
 
Atau anda boleh klik di SINI untuk baca lebih banyak khasiat buah ni.
 
 
Inilah rupa biji buah pisang kaki..
 
 
 
 
Hari tu lupa nak kongsikan gambar ni dalam entri. Ini adalah sebahagian daripada koleksi pinggan-mangkuk yang ada di rumah Cik Mat Gebu. Tersusun rapi dan kemas kesemua barangan kaca di dalam almari tu.
 

 
Ini almari kedua.. Memang banyakkan... Kalau nak lihat lebih jelas, boleh lihat dalam entri Daddy Ziyyad.
 
 
 
Gembiranya hari ni Cik Mat Gebu sudi jadi follower ke 739 blogku ini.
Terima kasih Cik Mat Gebu.
 
 
Rasanya itu sahaja entri untuk hari ni.. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ni. Nanti Nur blogwalking ke blog rakan2 lain ye.. Nantikan komen Nur di blog kalian.. Insya-Allah.
 
Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

Sunday, December 2

Kenangan Perjumpaan Blogger (Jelajah Blogger KL Ke Selatan)

Salam buat semua,
Semalam (1 Disember 2012) sebagaimana yang telah dipaparkan dalam entri sebelum ni, Nur dan beberapa orang rakan blogger telah berkunjung ke teratak Cik Mat Gebu di Sedenak, Kulai. Perjalananku bermula seawal jam 10.3o pagi dari rumah untuk mengambil Rina @ Cik Betty bersama anak-anaknya yang comel, tapi sebelum tu sempat juga singgah ke carwash terlebih dahulu. Kemudian setelah berpakat dengan Kak Zakie, kami pun berkonvoi untuk bertemu dengan Ayu Citarasa Rinduan di Tesco Kulai. Oleh kerana konvo kami tiba agak awal, sempat juga kami mencuci mata di Tesco Kulai sementara menanti kehadiran blogger lain.
 

Memandangkan sebelum ni Nur memang pernah berjumpa dengan Rina dan Kak Zakie, jadi bertiga tidak kekok bersama. Memang ada sahaja usikan dan gurauan antara kami bertiga.. Seronok sangat dan meriah... Ini kali pertama Rina dan Kak Zakie bertemu, tapi memang mereka dah lama kenal sebagai rakan maya. Kesempatan yang ada ini, kami bertiga saling bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.. Sweet kan.. :)

 
Sempat juga kami bertiga berpakat untuk mencari kek tiramisu sebagai ole2 untuk dibawa ke rumah Cik Mat Gebu nanti.


Lihat betapa akrabnya anak dara Rina, Risya dan anak bongsu Kak Zakie, Adik. Mereka jalan berpimpinan tangan dan cepat mesra, padahal mereka baru sahaja berkenalan tak sampai setengah jam.
 
Sekitar jam 1.00 petang, blogger Gadis Bunga  dan kami meneruskan perjalanan ke Sedenak setelah Ayu Citarasa Rinduan  bersama blogger Salina tiba beberapa minit kemudian. Konvoi kami tiba sekitar jam 1.30 petang dan 3 orang blogger dari KL telahpun sampai iaitu Kak Akuzle Ayu , Daddy Ziyad dan Iera Mutalib aka Si Riben Merah . Kami disambut dengan tangan terbuka oleh Cik Mat Gebu sekeluarga, sememangnya layanan yang diberi memang cukup membuatkan kami terharu.  

Selang beberapa minit kemudian Kak Oh Oeya pula datang bersama anaknya sambil  membawa juadah tambahan iaitu roti jala dan kuih koci. Cik Mat Gebu merupakan orang paling sibuk sekali namun dibantu dengan Ayu Citarasa Rinduan yang turut menbawa juadah tambahan iaitu asam pedas ikan kaci dan mee bandung. Sedang kami bersantai di rumah Cik Mat Gebu, blogger Sis Lin dan  Ben Ashaari juga hadir bersama isteri dan anaknya, Qhaliff.
 


Pada tuan rumah, Cik Mat Gebu dan keluarga, Nur mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami. Kami sungguh terhutang budi kerana sudi menerima kehadiran kami dan menjamu kami dengan hidangan yang cukup membuka selera. Sampai sekarang terkenang-kenang keenakan ikan kurau masak lemak dan triffle hasil air tangan Cik Mat Gebu yang sangat sedap (sampai bertambah2 pinggan kami makan.. hehe).  Lepas ni nak selongkar dapur maya Cik Mat Gebu untuk cari dua resepi ni.. Bak kata Boboboy... Terbaik!!! Juga tak lupa, terima kasih juga buat Ayu Citarasa Rinduan yang sudi menjamu kami hidangan mee bandung famous di Citarasa Rinduan. 
 
Moga pertemuan kali ni dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua dan jadi medan untuk berkenalan antara satu sama lain. Seandai ada salah dan silap, kami mohon maaf.
 
Sudah tentu ramai nak tengok gambar2 sepanjang pertemuan kami ini dan apakah juadah hidangan air tangan Cik Mat Gebu tu.. Inilah antara  gambar sempat Nur rakamkan dalam lensa kameraku sepanjang perjumpaan tu.. (Jika tak puas, rakan2 boleh berkunjung ke link2 rakan blogger yang dah Nur sediakan tu..)..


 
 
 

 
Nur bergambar bersama Adik (anak Kak Zakie), Rina dan anak2 dan Iera Mutalib.
 
 
 
 
Potret kenang-kenangan bersama Rina dan anak2nya..
Anak Rina, Zikry baru bangun dari tidur yang lena (dia mungkin kekenyangan ditambah pula cuaca sejuk selepas turunnya hujan lebat.. Banyak juga trifle Cik Mat yang dia makan... )
 

 
Iera, Ayu Citarasa Rinduan, Nur dan Rina.. Wah Zikry masih mengantuk lagi ke..
 
 
 
Rina dan Ayu Citarasa Rinduan.
 

 
Comelnya, persis anak mat Saleh. Anak siapa ni?
Inilah Zayyan anak kepada blogger Daddy Ziyyad.
 
 
 
Ini pula Ziyyad, abang kepada Zayyan..
 

 
Mereka berdua asyik bermain berdua..Geram melihat gelagatnya..
 


 
Sesi menjamu selera..
 

 

Inilah deretan juadah enak yang Nur ceritakan tadi..
Sempat juga capture gambar eksklusif jari tuan rumah, Cik Mat Gebu.. Air tangannya memang marvellous!!
 

 
Sambal belacan meletop.. air tangan Bonda kesayangan Cik Mat Gebu.
 
 
 
Deretan desert / pencuci mulut.. Tapi kami makan dahulu sebelum makan nasi..hehe
 

Berpiring2 Nur makan trifle ni.. Sedap sangat.. Ini link resepi trifle dari blog Cik Mat Gebu. Wajib untuk diriku mencubanya..
 
 
 
 
 
 
 Tiramisu.
 
 
Qhaliff dan ayahnya, blogger famous Ben Ashaari.
 

 
Rakan baik.. Risya (anak Rina), Adik (anak Kak Zakie) dan Umai (anak Ayu Citarasa Rinduan)
 
 
 

Risya dan Adik.. Sehati sejiwa..
 
 

 
 Daddy Ziyyad sedang merakamkan gambar isterinya.
 

Gambar kenangan kami.. Kenangan indah yang akan terpahat dalam memoriku.
 

 
Oh.. uniknya kereta antik ni..
 
 
 
Inilah kereta antik di halaman rumah Cik Mat Gebu.

 
Cantiknya bunga teratai ni..
 
Updated (3 Disember 2012, 10.42 malam):
 
Ini link entri dari blogger yang hadir semasa gathering ni :
5) Salina
 
 
 

Berkunjung ke Teratak Cik Mat Gebu

 
Anda familiar dengan tiffin biru ni? Cuba teka siapa pemiliknya?
Rasanya ramai yang kerap berkunjung ke blognya..
 
 
 
 
 
Perjumpaan blogger  berlangsung di teratak Cik Mat Gebu.. Nur dalam proses nak buat entri mengenainya dan update gambar2 namun internet agak slow hari ni..
 
Kalau ada yang tak sabar, rakan2 blogger bolehlah membaca entri dari Ayu Citarasa Rinduan dulu ye.... Nur gigih nak upload gambar ni.. :)
 
Selamat berhujung minggu..
 

Monday, September 24

Bloglist Kesuma Angsana

 Hari ni nak join segmen kak KA..
 
Kak KA tanya : Kenapa Nur follow KA ?
 
Jawapannya :
Sebab Kak Kesuma Angsana rajin tinggalkan komen di blog ni. 
 
Untuk turut serta sila klik di SINI.
 
Ini bukti Nur memang dah lama jadi follower blognya..

Saturday, September 1

Beraya Rumah Rakan Blogger - Rina AVAIL a.k.a. Cik Betty

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Tentu semalam ramai menghadiri majlis rumah terbuka. Nur juga menerima jemputan rakan blogger iaitu Rina AVAIL @ Cik Betty. Memang dah lama Nur ingin bertemu dengan Rina. Untuk pengetahuan semua kami berdua sebaya dan kebetulan rumah ibu bapanya juga berhampiran dengan rumah abah dan bonda Nur di Kluang. Rina juga kenal dengan rakan sekerja Nur iaitu Kak Rosmena kerana suami mereka berkawan baik. Kecil je kan dunia ni. Rina menjamu tetamu yang hadir dengan hidangan yang sedap dan lazat. Seronok berjumpa dengan beliau yang kecil molek orangnya dan peramah. Kami seakan dah lama kenal, padahal baru pertama kali berjumpa. Sewaktu Nur hadir rakan sekerja Nur juga, Kak Rosmena dan Kak Puteri juga hadir sama. Suami2 mereka sepejabat dengan suami Rina. Anak2 Rina, Risya dan Zikry juga sangat comel. Pandai Risya melayan tetamu2 cilik kerana ibunya sibuk melayan retamu yang lain.
 
Berikut adalah gambar2 ketika jamuan rumah terbuka di rumah Rina.
 
 
 
Menu2 lazat sedia terhidang.
 


Menu pertama iaitu laksa Johor.


Menu kedua iaitu gearbox kambing..

 
Menurut Rina menu ni dimasak oleh ayah mertuanya.
Sedap sangat..
 
 

Antara kuih raya yang Rina hidangkan untuk tetamu.
Rina kerepek pisang tu beli di mana? Sedap dan rangup..


 
Bergambar kenangan dengan Rina yang jelita. Rina ajak bergambar dulu kerana masa Nur sampai ni masih belum ramai tetamu yang hadir masa tu.
 


Sempat bergambar dengan Rina AVAIL @ Cik Betty dan anak2nya.. Risya dan Zikry.



Terima kasih banyak buat Rina AVAIL @ Cik Betty kerana sudi menjemput Nur. Bila2 nanti kita jumpa lagi ye..
 
Sekian, jumpa lagi di lain entri. Wassalam.

Saturday, July 21

Majlis Makan Malam Pemenang GA woww 1001 giveaway (Kenangan Terindah Tahun 2012 - Entri Penuh)

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Bagaimana dengan ibadah puasa anda semua hari ini? Di kesempatan ini, Nur ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" buat semua followers dan pembaca blog Cetusan Rasa. Semoga ibadah puasa yang kita jalani akan mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.

Setelah beberapa entri pembuka cerita yang lepas iaitu di entri INI dan INI, Nur ingin bercerita dengan lebih lanjut tentang malam yang cukup bermakna itu. Kesibukan tugas di sekolah menyebabkan Nur agak lewat untuk menceritakan detik2 indah yang tak mungkin Nur lupakan sampai bila2. 11 orang blogger yang menerima jemputan khas pada malam itu, sememangnya sangat dihargai oleh Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi) dan diberi layanan kelas pertama. Untuk pengetahuan semua, kesemua blogger yang hadir pada malam tersebut (14 Julai 2012) tidak pernah bertemu antara satu sama lain dan ternyata malam itu jadi medan untuk merapatkan ukhuwah sesama kami.

Inilah link entri Nur dalam woww 1001 giveaway anjuran Kak Ida tempoh hari yang melayakkan Nur untuk hadir pada malam tersebut. Pada asalnya penyertaan hanyalah sekadar mencuba nasib dan Nur tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Namun, syukur Alhamdulillah Nur telah terpilih dan Nur pernah menulis beberapa entri sebelum ini tentang keterujaan Nur untuk datang ke majlis tersebut (Anda boleh rujuk di entri ENTRI INI dan ini pula ENTRI KAK IDA).


Credit picture HERE

Sememangnya kesemua blogger yang dijemput oleh Kak Ida sangat teruja untuk menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh baca entri beliau di SINI.



Nur bersama Kak Ida, seorang ibu, isteri dan blogger terkenal tanah air. Teruja sangat ketika bertemu empat mata dengan beliau di Restoren Rebung pada 14 Julai yang lepas.

Apa yang menariknya mengenai GA yang dianjurkan oleh Kak Ida  pemilik blog Koleksi 1001 Resepi dan juga FB 1001 resepi  serta penulis jemputan dalam blog myChef ini ialah pemenang GA dijemput untuk mengambil hadiah pada satu majlis makan malam khas yang ditaja oleh pihak myChef dan Restoren Rebung milik Dato' Chef Ismail, yang terletak di Bangsar.  Secara peribadi, Nur melihat Kak Ida merupakan seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Lihat sahaja kejayaan beliau yang pernah menggondol 2 anugerah awal tahun ini. Anugerah pertama telah menobatkan beliau sebagai "BEST F&B AWARD" di dalam "World Blogger and Social Media Award 2012" pada 16 Mac 2012 lalu manakala anugerah kedua pula ialah merupakan pemenang kategori fabulous Food 1Malaysia Blog ketika "Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 (MITBCA2012)" pada 8 Mei 2012 lalu, anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.







"Tahniah buat Kak Ida!
Semoga Kak Ida terus sukses dan terus berkongsi resepi2 lazat dengan kami semua."

Itulah dia kehebatan Kak Ida seorang suri rumahtangga yang memiliki lima orang anak yang sedang meningkat dewasa. Beliau mampu meletakkan blog beliau sebaris dengan blog2 terkenal lain di tanah air dan mampu menarik ribuan pengunjung saban hari. Nur memang kagum dengan kegigihan dan kesungguhan beliau. Minat memasak yang ada dalam dirinya dikongsi bersama pembaca blog Koleksi 1001 resepi dan beliau bukan sahaja berkongsi resepi yang enak dan lazat, malah turut berkongsi pengalaman beliau bercuti di luar negara kepada pembaca sebagai penambah perisa blog kesayangannya itu.

Percaya atau tidak blog Koleksi 1001 Resepi sehingga tarikh hari ini telah mempunyai follower seramai 5000 orang blogger  dan Facebook 1001 Resepi pula telah mengumpul hampir 250 000 peminat dan pageview blog beliau pula telah mencecah angka 4 juta.

Selaku penganjur, Kak Ida telah memilih pemenang berdasarkan entri terbaik dan menepati syarat2 yang telah ditetapkan. Sebenarnya Nur sendiri tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang blogger yang bertuah. Nur memang sangat gembira dan bagaikan tidak percaya. Syukur Alhamdulillah.

Berikut adalah link 10 lagi blogger yang terpilih :

1) Kak Aziela ~ http://therainbowjourney.blogspot.com
(Peramah orangnya, suka bercerita dan sangat sporting orangnya..)
2) Kak Sariyusa ~ http://sariyusa.blogspot.com
(Berasal dari JB, merupakan seorang yang lembah lembut, peramah dan sopan santun..)
3) Salmi Khairil ~ http://salmikhairil.blogspot.com
(Seorang pemalu, namun seronok berbual dengan beliau. Beliau datang dengan suaminya..)

(Kami bertiga duduk semeja.. Seronok bersembang dan berkenalan dengan mereka.. )

4) Syuhada Salleh ~ http://www.syuhadasalleh.my
(bakal bergelar Dr dan agak pemalu orangnya... )
5) Suzlin ~ http://suzlinazreena.blogspot.com
(Kecil molek orangnya dan berasal dari Pasir Gudang, JB..)
6) Cheetah ~ http://cheetah87.blogspot.com
(Tak sempat beramah mesra dan beliau datang bersama adiknya..)
7) Kak Suriani @ Susumanis ~ http://jikaduniaakuyangpunya.blogspot.com
(Orangnya sangat peramah dan happening.. )
8) Kak Zefa Nor Asmara ~ http://jemariasmara.blogspot.com
(tak sempat berbual panjang dengan Kak Zefa. Cantik orangnya dan datang bersama suami tersayang)
9) Nurul Siezuka ~ http://www.siezuka.com
(Orangnya sangat peramah, cantik dan sporting)
10) Kak Zurina ~
http://www.reenorcollection.blogspot.com
(Seorang yang pendiam dan berasal dari Kelantan. Beliau ditemani dengan anak lelakinya.. )

Tahniah buat myChef di atas penghasilan produk yang inovatif dan unik. Terima kasih kerana sudi menaja makan malam kami dan memberi sampel produk buat semua pemenang GA woww 1001 giveaway.

Bercerita tentang produk myChef pula, sememangnya produk ini sangat menepati citarasa Nur kerana hasilnya amat memuaskan dan memang mendapat pujian daripada suami dan rakannya. Beberapa kotak produk pemberian myChef telah Nur agihkan juga pada rakan2 suami untuk tujuan promosi dan Nur juga akan menulis di blog dari semasa ke semasa.
Semoga pihak myChef akan terus sukses dan meneruskan kerjasama dan hubungan baik dengan rakan2 blogger. Sememangnya kenangan malam itu amat manis dan akan terpahat dalam ingatan semua pemenang GA Kak Ida sampai bila2. Terima kasih myChef dan terima kasih atas layanan kelas pertama oleh semua duta2 produk myChef pada malam tersebut (kecuali Chef Liza yang tidak dapat hadir). Chef2 selebriti yang hadir sangat peramah, sporting dan tidak lokek ilmu. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik dan jasa anda pada kami.



Sebahagian daripada produk myChef. Gambar ini dipinjam dari blog Koleksi 1001 Resepi

Produk myChef ialah makanan segera sejuk beku ini sangat mudah untuk disediakan mendapat sentuhan chef-chef terkenal tanah air. Bezanya ialah ia boleh disediakan di rumah dan harganya sangat berpatutan dan boleh didapati pasaraya2 di seluruh negara. Pastinya tidak rugi mencuba dan sangat lazat dan kualitinya pasti terjamin kerana produk ini melantik duta2 di kalangan chef-chef terkemuka negara. Chef2 selebriti yang terlibat dengan produk myChef ialah Dato' Chef Ismail, Chef Zam, Chef Liza, Chef Florence Tan dan tidak ketinggalan, Dr. Chef Ezani yang baru sahaja dinobatkan sebagai Master Chef pertama Malaysia.
Berbalik pada majlis makan malam itu, penyampaian hadiah GA Kak Ida telah ditaja bersama pihak MyChef dan pemilik Restoran Rebung iaitu Dato' Chef Ismail dan rakannya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.


Ini  laman web Restoren Rebung : http://www.rebung.com.my




Pada yang ingin berbuka puasa di Restoren Rebung anda boleh hubungi nombor telefon di atas untuk tempahan meja.


Business card pemberian Dato' Chef Ismail.


Tak sangka pihak myChef dan Dato' Chef Ismail sangat bermurah hati menaja lokasi dan makan malam pemenang semua dan juga pasangan masing2. Makanan yang dihidangkan sangat lazat dan membuka selera. Namun demikian, Nur tidak sempat untuk menjamah kesemua hidangan itu kerana terlalu leka berbual rancak dan beramah mesra dengan para blogger yang hadir.
Semua pemenang GA woww 1001 giveaway tidak pulang dengan tangan kosong. Kami semua menerima sedozen produk-produk MyChef dan hamper sumbangan Baba's di samping hadiah utama sempena GA woww 1001 giveaway  tersebut. Pasangan yang hadir turut menerima 5 kotak produk myChef sebagai hadiah iringan.

Kak Ida mempunyai cara tersendiri untuk memberikan cabutan bertuah kepada follower setia blognya. Memandangkan kesemua yang hadir mengidamkan pie maker yang didatangkan khas dari Australia, kami semua diminta menulis nama di atas kertas kosong dan memilih 3 nombor pilihan hadiah dan kemudian kad tersebut dimasukkan ke dalam bekas cabutan bertuah. Untuk pengetahuan semua, semua hadiah diletakkan di atas sebuah meja panjang dan dilekatkan dengan nombor. 

Setelah itu, chef selebriti yang hadir dijemput untuk mencabut 2 keping kad. Mereka yang bertuah yang kadnya terpilih boleh membuat pilihan berdasarkan senarai hadiah yang ditulis di kad tadi. Namun sekiranya hadiah tersebut telah dipilih oleh pemenang GA yang terawal, maka hadiah pilihan kedua dan ketiga akan menjadi milik mereka. Unikkan.. Ini bermakna hadiah yang kami perolehi merupakan hadiah idaman kami dan bukannya ditentukan oleh Kak Ida.


Inilah rakan semeja Nur. Sempat bergambar kenangan bersama Nurul Siezuka (hanya Nurul sahaja yang tidak duduk semeja dengan Nur), Salmi Khairil, Kak Aziela dan Kak Sariyusa.

Bersama Dato' Chef Ismail dan Kak Aziela. 


Bersama Suzlin yang cantik, comel dan peramah.


Bersama Chef  Ezani.
Orangnya sangat pemalu namun apabila ditegur beliau sangat peramah dan sentiasa memberikan senyuman. Suka berbual dengan beliau dan bekas penuntut STF ini bakal melancarkan produk terbarunya bersama myChef.

Ini URL blog beliau : http://www.zestbyezani.com


Terlalu gembira ketika diumumkan memenangi hadiah cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Kak Ida. Kelihatan blogger Bro Framestone di belakang sedang ralit memegang gajetnya. (Beliau merupakan blogger jemputan bersama blogger Ariff Shah)


Inilah hadiah cabutan bertuah yang Nur perolehi daripada Kak Ida. Sempat juga mengabadikan kenangan bersama Chef Ezani dan Chef Florence.


Ini pula hamper rempah ratus sumbangan Baba's. Sekali dengan apron dan bekas rempah.



Ini pula sebahagian daripada sedozen produk myChef yang Nur terima daripada Chef Zam. (lihat gambar di bawah). Ini link blog myChef, klik di SINI



Menerima sedozen produk myChef dan hamper Baba's daripada Chef Zam.



Bersama beberapa orang pemenang GA yang lain bersama Ariff Shah (blogger jemputan Kak Ida).



Memori indah ini terpahat kukuh dalam ingatan kami semua.
Terima kasih Kak Ida.


Ini pula kerongsang daripada Kak Sariyusa yang diberi kepada semua yang pemenang yang hadir sebagai tanda persahabatan.



Inilah pemberi hadiah kerongsang di atas, Kak Sariyusa. Cantik manis orangnya dan rupa-rupanya rumah beliau sangat hampir dengan rumah Nur di JB. Tak sangka yang kami akan bertemu empat mata di KL. Kalau tak kerana majlis anjuran Kak Ida, mungkin Nur tak akan dapat berjumpa dan berkenalan dengan beliau.... :)

Apa yang pasti, ukhuwah yang terjalin sepanjang masa majlis ini tidak akan berhenti begitu sahaja kami saling bertukar nombor telefon dan mungkin akan berjumpa lagi pada masa2 yang akan datang.

Inilah entri rasmi dan Nur akan susuli  dan Insya-Allah Nur akan mengarang lagi entri2 lain seperti juadah dan gambar2 selingan untuk tatapan pembaca blog Cetusan Rasa. Harap anda semua tidak jemu ye..




Credit picture : Google search






Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penaja utama malam Penyampaian Hadiah GA woww 1001 giveaway iaitu  Kak Ida, pihak myChef terutama En. Mohamad Fairuz (Chief Executive Officer of Flavor Innovation) yang turut turun padang malam itu dan beramah mesra dengan semua pemenang GA Kak Ida.


Terima kasih juga kepada Chef Ismail, Chef Zam, Chef Florence dan Chef Ezani. (Chef Liza tidak dapat hadir). Chef2 yang hadir memberi layanan mesra dan sudi berkongsi cerita dengan kami pada malam tersebut. Tidak lupa juga buat pihak Baba's (En Navin dan Puan Wani) dan Dato' Burn (atas tajaan 2 unit pie makers yang didatangkan khas dari Australia). Menurut Kak Ida, Dato' Burn membuat perniagaan Travel Agent di Perth. Jika anda ingin berkunjung ke Perth, Australia sila hubungi beliau.

Akhir sekali, Nur ambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" buat semua pembaca blog Cetusan Rasa yang beragama Islam. Nur memohon ampun dan maaf, seandainya Nur ada terkasar bahasa dan membuat salah dan silap sepanjang perkenalan kita secara maya.


Terimalah kad ucapan sempena Ramadhan ini khas untuk anda semua.

Terima kasih kepada rakan2 blogger dan follower yang membantu sepanjang tempoh Nur mengambil bahagian dalam woww 1001 giveaway tempoh hari. Semoga Allah membalas budi baik anda semua. Amin.


Sekian, salam Ramadhan dari Nur.

Wassalam.

p/s : Ini antara entri terpanjang yang pernah Nur tulis sehingga ke hari ini. Selamat membaca... (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...