Sila klik link bawah...

Sunday, December 2

Kenangan Perjumpaan Blogger (Jelajah Blogger KL Ke Selatan)

Salam buat semua,
Semalam (1 Disember 2012) sebagaimana yang telah dipaparkan dalam entri sebelum ni, Nur dan beberapa orang rakan blogger telah berkunjung ke teratak Cik Mat Gebu di Sedenak, Kulai. Perjalananku bermula seawal jam 10.3o pagi dari rumah untuk mengambil Rina @ Cik Betty bersama anak-anaknya yang comel, tapi sebelum tu sempat juga singgah ke carwash terlebih dahulu. Kemudian setelah berpakat dengan Kak Zakie, kami pun berkonvoi untuk bertemu dengan Ayu Citarasa Rinduan di Tesco Kulai. Oleh kerana konvo kami tiba agak awal, sempat juga kami mencuci mata di Tesco Kulai sementara menanti kehadiran blogger lain.
 

Memandangkan sebelum ni Nur memang pernah berjumpa dengan Rina dan Kak Zakie, jadi bertiga tidak kekok bersama. Memang ada sahaja usikan dan gurauan antara kami bertiga.. Seronok sangat dan meriah... Ini kali pertama Rina dan Kak Zakie bertemu, tapi memang mereka dah lama kenal sebagai rakan maya. Kesempatan yang ada ini, kami bertiga saling bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.. Sweet kan.. :)

 
Sempat juga kami bertiga berpakat untuk mencari kek tiramisu sebagai ole2 untuk dibawa ke rumah Cik Mat Gebu nanti.


Lihat betapa akrabnya anak dara Rina, Risya dan anak bongsu Kak Zakie, Adik. Mereka jalan berpimpinan tangan dan cepat mesra, padahal mereka baru sahaja berkenalan tak sampai setengah jam.
 
Sekitar jam 1.00 petang, blogger Gadis Bunga  dan kami meneruskan perjalanan ke Sedenak setelah Ayu Citarasa Rinduan  bersama blogger Salina tiba beberapa minit kemudian. Konvoi kami tiba sekitar jam 1.30 petang dan 3 orang blogger dari KL telahpun sampai iaitu Kak Akuzle Ayu , Daddy Ziyad dan Iera Mutalib aka Si Riben Merah . Kami disambut dengan tangan terbuka oleh Cik Mat Gebu sekeluarga, sememangnya layanan yang diberi memang cukup membuatkan kami terharu.  

Selang beberapa minit kemudian Kak Oh Oeya pula datang bersama anaknya sambil  membawa juadah tambahan iaitu roti jala dan kuih koci. Cik Mat Gebu merupakan orang paling sibuk sekali namun dibantu dengan Ayu Citarasa Rinduan yang turut menbawa juadah tambahan iaitu asam pedas ikan kaci dan mee bandung. Sedang kami bersantai di rumah Cik Mat Gebu, blogger Sis Lin dan  Ben Ashaari juga hadir bersama isteri dan anaknya, Qhaliff.
 


Pada tuan rumah, Cik Mat Gebu dan keluarga, Nur mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami. Kami sungguh terhutang budi kerana sudi menerima kehadiran kami dan menjamu kami dengan hidangan yang cukup membuka selera. Sampai sekarang terkenang-kenang keenakan ikan kurau masak lemak dan triffle hasil air tangan Cik Mat Gebu yang sangat sedap (sampai bertambah2 pinggan kami makan.. hehe).  Lepas ni nak selongkar dapur maya Cik Mat Gebu untuk cari dua resepi ni.. Bak kata Boboboy... Terbaik!!! Juga tak lupa, terima kasih juga buat Ayu Citarasa Rinduan yang sudi menjamu kami hidangan mee bandung famous di Citarasa Rinduan. 
 
Moga pertemuan kali ni dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua dan jadi medan untuk berkenalan antara satu sama lain. Seandai ada salah dan silap, kami mohon maaf.
 
Sudah tentu ramai nak tengok gambar2 sepanjang pertemuan kami ini dan apakah juadah hidangan air tangan Cik Mat Gebu tu.. Inilah antara  gambar sempat Nur rakamkan dalam lensa kameraku sepanjang perjumpaan tu.. (Jika tak puas, rakan2 boleh berkunjung ke link2 rakan blogger yang dah Nur sediakan tu..)..


 
 
 

 
Nur bergambar bersama Adik (anak Kak Zakie), Rina dan anak2 dan Iera Mutalib.
 
 
 
 
Potret kenang-kenangan bersama Rina dan anak2nya..
Anak Rina, Zikry baru bangun dari tidur yang lena (dia mungkin kekenyangan ditambah pula cuaca sejuk selepas turunnya hujan lebat.. Banyak juga trifle Cik Mat yang dia makan... )
 

 
Iera, Ayu Citarasa Rinduan, Nur dan Rina.. Wah Zikry masih mengantuk lagi ke..
 
 
 
Rina dan Ayu Citarasa Rinduan.
 

 
Comelnya, persis anak mat Saleh. Anak siapa ni?
Inilah Zayyan anak kepada blogger Daddy Ziyyad.
 
 
 
Ini pula Ziyyad, abang kepada Zayyan..
 

 
Mereka berdua asyik bermain berdua..Geram melihat gelagatnya..
 


 
Sesi menjamu selera..
 

 

Inilah deretan juadah enak yang Nur ceritakan tadi..
Sempat juga capture gambar eksklusif jari tuan rumah, Cik Mat Gebu.. Air tangannya memang marvellous!!
 

 
Sambal belacan meletop.. air tangan Bonda kesayangan Cik Mat Gebu.
 
 
 
Deretan desert / pencuci mulut.. Tapi kami makan dahulu sebelum makan nasi..hehe
 

Berpiring2 Nur makan trifle ni.. Sedap sangat.. Ini link resepi trifle dari blog Cik Mat Gebu. Wajib untuk diriku mencubanya..
 
 
 
 
 
 
 Tiramisu.
 
 
Qhaliff dan ayahnya, blogger famous Ben Ashaari.
 

 
Rakan baik.. Risya (anak Rina), Adik (anak Kak Zakie) dan Umai (anak Ayu Citarasa Rinduan)
 
 
 

Risya dan Adik.. Sehati sejiwa..
 
 

 
 Daddy Ziyyad sedang merakamkan gambar isterinya.
 

Gambar kenangan kami.. Kenangan indah yang akan terpahat dalam memoriku.
 

 
Oh.. uniknya kereta antik ni..
 
 
 
Inilah kereta antik di halaman rumah Cik Mat Gebu.

 
Cantiknya bunga teratai ni..
 
Updated (3 Disember 2012, 10.42 malam):
 
Ini link entri dari blogger yang hadir semasa gathering ni :
5) Salina
 
 
 

50 comments:

  1. Wah ada penjumpaan blogger. Yang best dihidang dengan juadah yang menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Memang seronok. Selain dapat beramah mesra dapat juga berkenalan blogger yg belum kita kenali.. . Pujian patut diberi kepada tuan rumah kerana beri layanan terbaik untuk para tetamu yg hadir.. Juadah terhidang sangat sedap dan lazat.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kak WC : Memang seronok kak.. Memori indah kami untuk tahun 2012..

      Delete
  3. bestnya jumpa blogger!!! mseti sekepala amat,, uwaaaa,, tak pernah agi hadir blogger gaths,,, haissyyy,, sangat nak!!! :D http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/biarkan-aku-jatuh-cinta-pada-sesiapa.html?showComment=1354426304122#c3929563389454559307

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurmujahidah : Memang seronok.. Semuanya beri kerjasama yg baik..Kalau tak, memang susah nak berkumpul beramai2 macam ni..

      Delete
  4. Trifle tu mmg sodap! haha
    Mee bandung ayu pun mmg sodap, nasib baik perut dah kenyang makan nasik..kalau tak mesti nak tambah lagi..

    TQ ya cikgu Nur bagi cenderehati ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad : Sama2 Doc.. Memang laju je makan trifle tu kan.. tak cukup sepiring.. hehe

      Pendek kata apa yg hidang semuanya habis licin.. :)

      Delete
  5. assalamualaikummm

    nur, entry nie mmg menunjukkan dikau mmg sesuai bgelar pendidik..


    ayu bagi 100% ya.

    terima kasih daun keladi kerana akhirnya nur join juga gathering semalam.

    syukur. semuanya dipermudahkan. ayu mohon ampun maaf andai ada tkasar bahasa ya..

    moga ada sessi bertemu lagi dilain masa. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu Citarasa Rinduan : Waalaikummussalam Ayu.. Sama2 Ayu. Hasil pujukanmu, Nur dapat hadir juga ke perjumpaan ni..

      Masakan Ayu memang sedap.. Nanti Nur nak datang kedai pula.. Tapi tarikhnya tak pasti bila..InsyaAllah kita akan bertemu lagi nanti.. :)

      Delete
  6. seronoknya dapat berjumpa dgn blogger lain..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Chik Att : Sudah semesti.. Air tangannya memang terbaik!!

      Delete
    2. opss salah eja pulak.. Sudah semestinya... :)

      Delete
  8. as salam

    seronoknya sambil gathering, sambil makan sedap2 :)

    ReplyDelete
  9. Salam Nur.
    Tumpang gumbira tengok pertemuan blogger sebegini. Makan kenyang, jalinan kemesraan.

    Nanti bila-bila orang Selatan la pulak naik ke KL tau...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azieazah : Wslm kak.. Ini kali pertama kali Nur hadir perjumpaan blogger seperti ni.. Memang seronok.

      InsyaAllah ada kesempatan, kami pula akan bertandang ke KL..InsyaAllah.. Tq kak sebab sudi singgah blog ni..

      Delete
  10. wah sonoknya jumpa sahabat2 blogger...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishah Jahirah : Mesti la Aishah.. Susah nak berjumpa dengan mereka ni..

      Delete
  11. salam sis
    Sronokny dpt jumpe rakan2 blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. TiranaAduka : Wslm... Itu sudah semestinya.. :)

      Delete
  12. Salam Sis nur,

    salam kenal ye.. rasanya pernah singgah sini sebelum ini..
    Thanks bg 'kenangan' di Sedenak.. moga ukhuwah terjalin kekal selamanya..

    next time kita plan jumpe2 lagi tau.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iera @ Si Riben Merah : Wslm dik.. Salam perkenalan.. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi.. moga ukhuwah berpanjangan..

      Delete
  13. Terima kasih cikgu, sudi singgah ke pondok saya...apa yang kurang kami minta maaf yea....(terima kasih juga untuk buah tangan tu... )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mat Gebu : Sama2 Cik Mat.. Terima kasih juga buat Cik Mat sebab sudi terima kedatangan kami.. Masakan Cik Mat adalah yang terbaik!

      Delete
  14. waaa trifle tu sedappnyaa.... seronok jalan-jalan makan-makan

    ReplyDelete
  15. as salam

    story kat taman negara tu ada kat sini
    http://herba-tihara.blogspot.com/2012/10/seharian-di-taman-negara-kuala-tahan.html
    dan sini

    http://herba-tihara.blogspot.com/2012/10/taman-negara-21102012.html

    kalau sudi baca lah..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tihara : Wslm.. Tq sebab bagi linkkan tu..Nanti Nur jengah dan baca ye..

      Delete
  16. seronok tengok gambar family gathering...terang dan jelas cuma kakzakie n mat gebu je saya tak penah tengok lagi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tihara : Memang seronok.. Mereka berdua tidak mahu wajah mereka dipamerkan. Kita kena hormati pendirian mereka..

      Delete
  17. yey, gambo akak ader! salam kenal yea, Nur?... mmg rajin Nur neh. siap basuh2 pinggan gelas lagiks...eheheheh

    ReplyDelete
  18. salam ukhwah,..
    seronoknya nisah baca entri kak Nur...
    berkumpul beramai, menguatkan silaturahim..
    sangat seronok.. semoga hubungan kalian berpanjangan .. (^_~)

    ReplyDelete
  19. Amboi... dah publish dah ye Nur. Kita bila-bila pun boleh jumpa lagi kan..

    psst: sambal belacan CMG mantopz kan:)

    ReplyDelete
  20. salam kenal dari kak.ida dari KKA
    memang bestkan bila ada gathering mcm ni..

    ReplyDelete
  21. Seronok...tumpang gembira. Perkembangan yg bagus, jalin silaturrahim...semoga mendapat kebaikan utk semua.

    ReplyDelete
  22. nampak ke ceriaan di wajah masing2..suka tgok.

    ReplyDelete
  23. Kenangan terindah utk sy semenjak brblog ni..tak sangka dpt join gathering ni..salam kenal kak..cikgu nur ye..:)

    ReplyDelete
  24. kite kene jumpa lagi sebab saya lupa nak bayo bahagian saya untuk kek!

    ReplyDelete
  25. alolo bestnya gathering cam gini... buatle lagi leh join hehe...

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum nur...seronoknya dpt gathering sama2 mcm ni ke teratak cik mat gebu pula tu....bila la turn mama dpt join skali ni ...:)

    ReplyDelete
  27. as-salam nur..

    harini br berpeluang nk berkomentar kat sini..rina x sempat lg nk update psl gathering ni..dulukan stori yg dah nak nasi hihi

    ReplyDelete
  28. wah... meriahnya gathering sesama blogger... sure happening..!

    ReplyDelete
  29. wahh bagusnye, yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapatkan, yg rapat kita renggang renggang kann.. ekKKKee

    ReplyDelete
  30. salam,

    erm, tkde rezeki kita nak jupe kak... kak ayu ajak gak sy join... tp sy ada gathering di majlis perkahwinan kawan sy di tampoi...

    ReplyDelete
  31. Aslmkm Nur cayang. Salam rindu dari Along yg dah lama menyepi... Wah, sonok nya gather2 & dapat merasa air tangan Mat gebu ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...