Sila klik link bawah...

Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Wednesday, December 5

Buah jambu air atau buah kiwi

 Yang mana lebih anda suka...
 

Buah jambu air
 
ATAU


Buah kiwi
 
 

Tuesday, December 4

Kunjungan Singkat ke Rumah Rakan Blogger

 


Salam buat semua,
Ini sambungan kisah pertemuan hari Sabtu lepas. Balik dari kunjungan kami ke Sedenak, Nur, Rina AVAIL, GB dan Daddy Ziyyad sekeluarga sempat singgah ke rumah Kak Zakie. Sekali lagi kami semua dijamu dengan trifle... Tapi kali ni hasil air tangan Kak Zakie dan juga puding cocktail berkuah  (eh betul ke namanya.. Maaf ye Kak Zakie, kalau salah...). Memandangkan perut kami masih lagi kenyang penangan menu2 lazat di rumah Cik Mat Gebu, kami lebih kepada sambung sesi bersembang cuma di lokasi yang berbeza. Semasa bersembang tu barulah Nur dapat tahu yang adik kedua Daddy Ziyyad, Noli pernah bertugas di sekolah Nur sebagai guru interim. Kecil kan dunia ni..
 

Inilah dia trifle versi Kak Zakie. Terlupa nak ambil gambar puding cocktail berkuah tu... gara2 ralit bersembang.
 
 

Kami semua dibekalkan dengan beberapa ulas pisang kaki (persimmon fruit). Inilah kali pertama Nur makan buah ni dan rasanya boleh tahan juga.
 
 
Rupa-rupanya banyak khasiat pisang kaki ni :
 
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
 
Kredit : SINI
 
Atau anda boleh klik di SINI untuk baca lebih banyak khasiat buah ni.
 
 
Inilah rupa biji buah pisang kaki..
 
 
 
 
Hari tu lupa nak kongsikan gambar ni dalam entri. Ini adalah sebahagian daripada koleksi pinggan-mangkuk yang ada di rumah Cik Mat Gebu. Tersusun rapi dan kemas kesemua barangan kaca di dalam almari tu.
 

 
Ini almari kedua.. Memang banyakkan... Kalau nak lihat lebih jelas, boleh lihat dalam entri Daddy Ziyyad.
 
 
 
Gembiranya hari ni Cik Mat Gebu sudi jadi follower ke 739 blogku ini.
Terima kasih Cik Mat Gebu.
 
 
Rasanya itu sahaja entri untuk hari ni.. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ni. Nanti Nur blogwalking ke blog rakan2 lain ye.. Nantikan komen Nur di blog kalian.. Insya-Allah.
 
Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

Thursday, May 31

Khasiat Ciku


Buah ciku yang dibawa dari kampung kakak Nur. Satu plastik penuh..




Ciku yang masak ranum telah diasingkan.. Baunya yang harum dan rasanya yang lembut menandakan ciku telah masak.



Ciku yang masih muda diperam dengan dibungkus dengan kain tebal.



Ciku yang telah sedia untuk dimakan.. Manis dan sedap sangat.




Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. 

Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. 

Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering. Pokok ciku agak kecil atau sederhana, iaitu tingginya mencapai 25 m. 

Pokok ciku berbentuk piramid semasa kecil dan menjadi bulat apabila matang. Ciku ialah sejenis tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, berdahan rendah, berdaun lebat serta mempunyai batang yang liat. Pokok ciku lambat membesar tetapi dapat hidup lama. Satu ciri pokok ciku yang menarik ialah kebanyakan bahagian pokoknya, terutamanya kulit kayu mempunyai getah. Getah ini ialah chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula getah. Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal, berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. 

Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor. Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. Di dalam isi terdapat 1 hingga 6 biji yang keras dan leper, berwarna hitam kecil, berwarna putih dan tidak begitu jelas kerana tidak kembang penuh. Bunga ini jenis lengkap, iaitu mengandungi stamen dan stigma pada sekuntum bunga. Buah ciku berbentuk hampir bulat atau bujur . Biji-biji ini sangat mudah diasingkan danpada isinya. 

Jenis-jenis ciku yang paling popular di Semenanjung Malaysia ialah Jantung, Betawi dan Subang. Ciku Jantung mempunyai buah yang agak besar, iaitu 90 – 120 g, berbentuk bujur dan berwarna perang kemerahan pucat Isinya lembut teksturnya halus, berjus dan berbau harum. Wamanya perang kemerahan, mengandungi 3-6 biji yang hitam berkilat, keras dan leper. Saiz buahnya agak seragam dan mudah dikendalikan. Ciku Subang banyak ditanam di kawasan Subang, Selangor. Buah jenis ini berbentuk bujur dan saiznya sederhana. Rasanya sangat manis dan tekstur isinya lebih halus dan tidak berpasir dibandingkan dengan ciku Betawi dan Jantung. Ciku Betawi mempunyai saiz dan kemanisan buah yang sederhKhasiaana. Bentuknya bujur sedikit atau hampir-hampir bulat. Kulit buahnya nipis. Isinya manis tetapi tekstumya agak kesat dan berpasir. 

Ciku adalah antara buah-buahan yang digemari ramai dan berpotensi sebagai buah segar untuk pasaran tempatan. Antara masalah yang dihadapi ialah tempoh penyimpanan buah yang singkat dan pengendalian buah yang agak rumit. 

 Sumber ini dipetik dari blog http://buahbuahan.com/2011/07/buah-ciku/ 

Khasiat Ciku
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). 

Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 

Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega. 

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. 

Saturday, June 18

Buah-buahan Import vs Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan import

Buah kiwi
vs

Buah-buahan tempatan

Buah manggis

p/s : Mana anda lebih suka.. buah-buahan yang diimport atau buah-buahan tempatan??

Sedapnya dapat makan buah manggis semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...