Sila klik link bawah...

Showing posts with label Majalah Harmoni. Show all posts
Showing posts with label Majalah Harmoni. Show all posts

Saturday, February 9

Bahan bacaanku waktu cuti CNY

 
Tahniah diucapkan buat rakan2 blogger masakan antaranya Cik Mat Gebu, Kak Azlita Masam Manis , Kak CT Delima, Kak Wan (Blog Citarasawan , Noorsha (1001 Cerita 1001 Rasa)  dan Kak Anim (Penyulawa) yang disunting majalah RASA keluaran Mac 2013.



Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap rakan2 semua sihat. Blog Nur ni dah semakin sepi dek kerana mood "malas" nak update entri terkini. Pagi tadi Nur dan seorang rakan sejawat sempat mengiringi pelajar ke Pertandingan Catur MSSD di SMK Majidi Baru. Mujurlah majlis penyampaian hadiah berakhir awal sekitar jam 12.30 tengah hari sebab badanku dah tak larat sangat. Hanya seorang sahaja anak didikku yang berjaya mendapat tempat ke-5, manakala 5 orang lagi tidak berjaya. Jangan putus asa ye anak muridku, nanti cuba lagi tahun hadapan.
 

Khusyuk benar mereka waktu pertandingan catur ini berlangsung.
 
 
Hari ni dah bermula cuti panjang. Lega rasanya dapat bercuti seminggu, tapi cuti ni perlu diganti. Memandangkan cuti CNY kali ni agak panjang, mesti ada di kalangan ramai rakan blogger yang bercadang untuk ke kampung. Nur ucapkan selamat bercuti, semoga kalian sekeluarga selamat dalam perjalanan dan bergembira bersama yang tersayang.

Sekian dulu, andai ada masa dan kesempatan In Sha Allah kita akan berjumpa lagi.
Wassalam.

Selamat bercuti ye...
 
 

Monday, October 22

Seri Wajah Ibu Mengandung


 
 
p/s : Nur sangat suka melihat wajah Irma Hasmie. Wajah berseri-seri bila mengandung.
 
 

Thursday, September 20

Bahan Bacaan Bulan Ni


Ini adalah antara majalah yang Nur beli untuk dijadikan bahan bacaan untuk bulan ni. Wardina dan Diana Amir menghiasi kulit Majalah Keluarga dan tajuk "Memburu Haji Mabrur" menjadi topik utama Majalah Al-Ustaz.




Majalah Harmoni dan Majalah Aroma.


 


Ini resepi dan kisah Kak Juwita yang mengikut suaminya di Jepun.

 
Ini pula resepi dan artikel mengenai rakan blogger Nur sejak tahun 2008, iaitu Kak Alongroz. Kak Alongroz ada juga menulis entri mengenai resepi2 yang dikongsikan dalam Majalah Aroma keluaran September 2012. Klik di SINI
 
 
 
Resepi milik Izzah pun ada juga.
 
 
Tahniah buat rakan2 blogger masakan yang disunting oleh pihak editor Majalah Aroma bulan ini. Perkongsian ikhlas dan kesungguhan mereka dapat dilihat dengan kepelbagaian resepi yang dikongsi dalam blog mereka. Setidak-tidaknya usaha mereka ini telah mendapat perhatian pihak editor majalah. Tahniah!
 
 
p/s : Nak resepi IKAN SIAKAP STIM, sila klik di SINI

 

Saturday, July 7

Balik Kampung (Part 3)


Singgah sebentar cuci mata di sini.. Barangan cenderamata untuk majlis perkahwinan. Memang rambang mata dibuatnya bila masuk ke kedai ni. Cuba agak apa yang Nur beli apa?



Pada sesiapa yang tidak pernah sampai ke Kluang, inilah rupa Bandar Kluang yang masih mengekalkan bangunan2 lama. Lihat Bas Mersing tu masih beroperasi lagi dari sejak Nur sekolah rendah lagi. 



Pasaraya UO pula akan dibuka. Memang banyak pasaraya di Kluang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya pasaraya ECONSAVE, PACIFIC dan KLUANG MALL. Dengar kata akan ada Pekan Rabu berhampiran PACIFIC Kluang.





Inilah sebahagian hasil window shopping pagi tadi.. Nur termenung sekejap, nak tahu kenapa.. Sebabnya ialah Nur ni memang takde bakat untuk menggubah, kira tahap keras tangan.. hehe. Abah Nur memang pakar bab2 menggubah bunga ni berbanding bonda. Nanti dah siap gubah, Nur tayang pada rakan2 ye.. :)



Majalah kegemaran Nur HARMONI.. Personaliti TV Azizah Arifin dan Sherie Merlis mengandung lewat usia. Bilalah Nur akan merasai pengalaman ni ye? Moga Allah berikan Nur kesempatan untuk bergelar ibu satu hari nanti. Amin. 

p/s : Lepas ni entri minum petang dan aktiviti anak2 saudara.

BERSAMBUNG LAGI....


Ini list entri2 balik kampung yang lepas2 :





p/ s : Jemput semua follower blog Cetusan Rasa untuk turut serta dalam GA Nur yang pertama. 
Klik pada banner di bawah untuk makluman lanjut.

(ada 3 hari sahaja lagi)






Ini bannernya GA Kak Ida 1001 resepi :








Saturday, August 21

Auddra Ceriakan Hidup Dato' Siti

Alangkah gembiranya kalau benar-benar dapat seorang cahaya mata yang comel seperti "Auddra"..

Beruntung Auddra kerana Dato' Siti sudi menjadi "ibu angkat"nya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...