Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Tentu semalam ramai menghadiri majlis rumah terbuka. Nur juga menerima jemputan rakan blogger iaitu Rina AVAIL @ Cik Betty. Memang dah lama Nur ingin bertemu dengan Rina. Untuk pengetahuan semua kami berdua sebaya dan kebetulan rumah ibu bapanya juga berhampiran dengan rumah abah dan bonda Nur di Kluang. Rina juga kenal dengan rakan sekerja Nur iaitu Kak Rosmena kerana suami mereka berkawan baik. Kecil je kan dunia ni. Rina menjamu tetamu yang hadir dengan hidangan yang sedap dan lazat. Seronok berjumpa dengan beliau yang kecil molek orangnya dan peramah. Kami seakan dah lama kenal, padahal baru pertama kali berjumpa. Sewaktu Nur hadir rakan sekerja Nur juga, Kak Rosmena dan Kak Puteri juga hadir sama. Suami2 mereka sepejabat dengan suami Rina. Anak2 Rina, Risya dan Zikry juga sangat comel. Pandai Risya melayan tetamu2 cilik kerana ibunya sibuk melayan retamu yang lain.
Berikut adalah gambar2 ketika jamuan rumah terbuka di rumah Rina.
Menu2 lazat sedia terhidang.
Menu pertama iaitu laksa Johor.
Menu kedua iaitu gearbox kambing..
Menurut Rina menu ni dimasak oleh ayah mertuanya.
Sedap sangat..
Antara kuih raya yang Rina hidangkan untuk tetamu.
Rina kerepek pisang tu beli di mana? Sedap dan rangup..
Bergambar kenangan dengan Rina yang jelita. Rina ajak bergambar dulu kerana masa Nur sampai ni masih belum ramai tetamu yang hadir masa tu.
Sempat bergambar dengan Rina AVAIL @ Cik Betty dan anak2nya.. Risya dan Zikry.
Terima kasih banyak buat Rina AVAIL @ Cik Betty kerana sudi menjemput Nur. Bila2 nanti kita jumpa lagi ye..
Sekian, jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
Selepas Raya tentu banyak dengan jemputan rumah terbuka Hari Raya.
ReplyDeletewaah seronoknya jumpa rakan blogger kan..=)
ReplyDeleteKecil je dunia ni, sekecil Puan Betty tu....hehe....balik kelantan hari tu, akk terjumpa jiran di Sabah yg beraya di Kelantan, sekampong pula dgn hubby.
ReplyDeleteNur....komen nur dlm blog akk psl anak tu x dpt akk jwb sb yg sebenarnya tak dpt nak jelaskan dlm blog. Pm kat fb boleh ler.....maklum ler, hal peribadi.
seronoknya dapat jumpa rakan blogger..
ReplyDeletehehe..cepatnya Nur update..rina tah bila tahh
ReplyDeletekerepek tu rina beli dgn kawan..tahun depan kalau nur nak boleh booking heeee