Sila klik link bawah...

Saturday, September 1

Kisah Bunga Orkid, Majlis Khatam dan Demam Selesema

 







Salam buat semua,
Cantik tak bunga2 orkid ni?? Opss jangan salah sangka, bunga2 ni bukan Nur yang tanam. Nur ambil gambar ni sewaktu menziarah rumah pakcik (adik bonda) di kampung semasa cuti sekolah tempoh hari. Hidup subur pokok2 orkid tu kan.. Pandai pakcik Nur menjaganya. Berseri2 jadi beranda rumah mereka.
 
Nur tak sihat hari ni semenjak dari semalam.. Hari ni sejak dari pagi mengalami demam selesema.. Sekarang ni demam dah kurang sikit. Ni baru je lepas telan 2 biji panadol. Harap2 tak melarat la. Memang dah lama benar tak sakit tahun 2012 ni.. Cuti 3 hari ni memang tak jalan ke mana2, cuma berehat secukupnya di rumah.
 
Sebenarnya hari ni, Nur ada jemputan "Majlis Khatam Al-Quran" anak saudara (anak2 abang kedua Nur) di Negeri Sembilan, tapi Nur tak dapat nak hadirkan diri dek kerana tidak sihat. Nur doakan semoga majlis tu berjalan lancar. Kakak ipar sedang sarat mengandung mungkin hujung bulan ni akan bersalin anak kelima, sempat juga beliau menguruskan majlis tersebut dengan bantuan ahli keluarga yang lain. Hmmm dengar khabar ada itik panggang yang dihidangkan untuk tetamu.
 
 
Itik panggang..
Aktiviti memasak dibuat secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.
 

 
Pelamin untuk Khatam Al-Quran.
 
 
Oklah Nur nak berehat sambil menonton Majalah 3 dan Cerekarama. Mata pun dah berat je ni. Jumpa lagi semua. Sekian, selamat malam semua.


 
Credit picture : Google search
 
 
 
Credit picture : Google search
 
Sambil menonton tv kena sedia tisu sekotak..
Hmm comel pula tengok budak kecil ni.. :)

7 comments:

  1. Salam rindu Nur cayang. Cian nya tak sihat, jgn lupa makan ubat & rihat sepenuh nya. Along doakan Nur cepat sembuh. Raya aritu, kami pun masak itek juga... Along nak ucapkan Selamat Hari raya & Maaf Zahir Batin sebelum berakhir nya Syawal. Take care sis!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya orkid ni nur! Laaa..siannya...makan ubat ya nur? Selamat hari raya! Bz sgt ari tu...tak sempat nak wish.

    ReplyDelete
  3. Selamat berehat. Saya tanam ada tanam pokok hutan di luar rumah. Sudah beberapa kali berbunga.

    ReplyDelete
  4. Lin doakan Kak Nur sentiasa sihat (^_______________^)

    ReplyDelete
  5. selamat berehat..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. alahai siannya...rehat ya dear...semoga cepat sembuh...

    p/s...cantik sangat orkid tu....

    ReplyDelete
  7. Salam kak! Salam lebaran buat akak n family :-)) maaf dipinta juga atas salah silap :-)) doa kita buat akak moga diberi kesembuhan secepatnya insyaAllah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...