Tisu jadi peneman setiaku..
Salam buat semua.
Apa khabar rakan2 semua? Nur masih belum pulih sepenuhnya dari selesema. Namun demam dah kebah. Syukur Alhamdulillah.. Ramai benar rakan2 yang MC dan pergi menghadiri kursus hari ni. Mujurlah Nur masih diberi kekuatan untuk hadir ke sekolah walaupun belum pulih sepenuhnya dari demam sejak 2 hari lepas.
Tiba di sek, Nur dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tercinta pada rakan sejawat, Kak Zarina. Salam takziah buat Kak Zarina dan keluarga, semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian dariNya. Untuk pengetahuan semua, Kak Zarina sempat berbakti menjaga ayahnya di Terengganu pada cuti Hari Raya yang lepas. Pada masa itu, kita sedang sibuk membuat persiapan hari raya, tetapi beliau dan ahli keluarga beliau bergilir2 menjaga arwah ayahnya yang sakit terlantar di hospital di Terengganu. Al-Fatihah untuk arwah. Sempat mendengar kisahnya pada minggu lepas sebaik sahaja naik sekolah. Menurutnya dia perlu menyiapkan kerja2 menanda kertas percubaan PMR dan Ujian 2 Tingkatan 4 sambil menemankan dan menjaga arwah ayahnya sepanjang cuti. Namun Allah lebih menyayangi ayahnya. Semoga roh arwah ayahanda Kak Zarina ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah buat beliau dan ahli keluarganya.
Nur perlu menyiapkan soalan Kertas 2 Percubaan SPM Sains. Sambil tu suka sangat mendengar alunan lagu Alyah.. "Kau yang Terindah". Tak mengikuti pun dramanya.. cuma suka lagu ni. Dan Nur suka juga lagu "Ku Pilih Hatimu" nyanyian Ussy Feat Andhika Pratama (lagu ni dimainkan dalam OST Saiful Nita yang bakal ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda esok.
Ok selamat malam semua. Terima kasih atas doa dan keprihatinan rakan2 blogger di dalam entri yang lepas. Hanya Allah yang dapat membalasnya, Amin.
Jumpa lagi, Insya-Allah di lain entri.
Salam Aidilfitri.. :)
Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku
Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati
Assalamu'alaikum Nur.
ReplyDeleteSemoga segera pulih dari selsema yang dihidapi itu. Amin.
Salam, Nur. Semoga cepat sembuh selsemanya..
ReplyDeleteTakziah pada kawan Nur, Al-Fatihah..
sama la kita ni kak...tisu jadi peneman setia skrg...selsema jugak...semoga akak cepat sembuh yer...
ReplyDeletetakziah pd kak zarina
ReplyDeletesy masih ingt dia..yg putih-putih tu kan?
moga nur cpt sembuh ya :))
nk hindar selesema amalkan propolis pon elok
Allah hai, kesiannya. Tak apalah Nur. Dugaan tu. Makan buah banyak2 sikit yer.
ReplyDeletetakziah buat kwn nur itu..
ReplyDeletetak suka jugak kalau selsema sbbnya nnt satu rumha semua berjangkit..hehe
semoga cepat sembuh ye nur!