Sila klik link bawah...

Monday, October 1

Jenguk Baby Auni Yang Comel



 
Salam buat semua,
Hujung minggu ni Nur dan family dari Kluang sempat menjenguk anak saudara Nur yang baru lahir di Negeri Sembilan. (Klik SINI untuk entri yang pernah Nur tulis). Abang Nur dan kakak ipar sepakat menamakan puteri keduanya ini dengan nama Zahira Auni. Sememangnya sukar hendak meluangkan masa untuk menziarahinya kerana setiap Sabtu pasti ada sahaja aktiviti seperti sekolah ganti dan program di sekolah. Nur dan kakak sekeluarga membawa bonda dan abah dari kampung untuk menjenguk cucu mereka yang keempat belas. Syukurlah perjalanan ke destinasi agak lancar. 
 
Maaf buat Kak Zakie kerana tidak dapat menjawab pertanyaannya tentang jemputan Rina AVAIL. Nur tidak dapat hadir ke majlis adik ipar Rina sebab telah merancang program dengan keluarga sendiri. Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa. Terima kasih buat Rina AVAIL di atas jemputan.
 
Pulang sahaja dari Negeri Sembilan, badan terasa sakit2. Mungkin kurang rehat. Demam, sakit tekak, batuk dan selesema, sememangnya kali ni semua penyakit dapat serentak. Agenda hari ni cuma berehat sahaja di rumah setelah berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Taman U.
 
 
 
 
Esok semua pelajar2 Tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar2 Tingkatan 3 pula akan menduduki Peperiksaan PMR.  (Terima kasih kepada Kak ckLah kerana membetulkan kenyataan Nur ni..)
 
"Buat adik2 dan anak2 didikku, Selamat maju jaya diucapkan. Semoga kalian semua dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik."
 
Ada ke anak2 rakan2 blogger yang menduduki peperiksaan PMR juga? Good luck ye..
 
Hmm esok kena hadir mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM. Banyaklah yang kena dijawab tu nanti memandangkan keputusan kurang memuaskan.
 
Ok jumpa lagi semua. Terima kasih atas kesudian teman2 berkunjung dan membaca entri ini. Wassalam.
 

Kredit gambar : Google Search
 

12 comments:

  1. Assalam Nur..selamat berehat..jangan lupa makan ubat..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm Kak Acik.. Terima kasih kak. Moga makbul doa akak tu.. Amin.

      Delete
  2. Kita merancang Nur tapi kadang perancangan tidak dpt dilaksanakan. Kakak dah beria-ia cakap dgn Ayu Citarasa Rinduan nak pergi jemputan Rina. Ingat kalau ok nak bawa gadisBunga tapi rumah akak tetiba ada tetamu sekeluarga sebab mereka ziarah bapak.. so dah cantik-cantik pun tak jadi pergi juga.

    Tembam Auni. Semakin ramailah cucu mak Nur ye dan Nur pun tambah anak saudara lagi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Betul tu.. Kita hanya mampu merancang. Terima kasih atas komen yang diberi.. :)

      Delete
  3. Semoga sihat kembali.

    Esok PMR Nur? Haip, jaganlaaaah...hehe.


    Anak ckLah, Bin pun ambik PMR minggu depan. Doakan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ckLah : Terima kasih Kak ckLah.. Erk.. tersilap la pulak.. Alahai... maaflah ye..

      Good luck untuk Bin.. Moga dia mendapat menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.. :)

      Delete
  4. assalamualaikum nur...comel nyer...:)

    p/s nur guru di sekolah mana ek n tinggal di taman u yer...?

    ReplyDelete
  5. comelnya baby auni....
    rindu akk...smoga akk sihat2 ye...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dik...

    semoga cepat sembuh ya...comel baby auni...
    Anak sulung akak ambik PMR tahun ni...akak yg berdebar2 ni...

    ReplyDelete
  7. dah nak exam dah adik2 kite tu rupanya...

    awak, get well soon okeh!

    ReplyDelete
  8. hehe..x apa la Nur..next time kita boley jumpa lagi :))

    ReplyDelete
  9. singah sini...sungguh benci akak selesema..amat remeh ye...:)

    paper un tu ujian dari allah kan..sakit 2 nikmat:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...