Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap anda semua sihat. Pada siapa yang perasaan, hari Jumaat yang lepas Nur ada membuat entri mengenai Persediaan Diri Menunaikan Ibadah Umrah. Pada hari yang sama juga Nur telah menerima hadiah yang sungguh bermakna dalam hidup Nur daripada suami tersayang sempena ulangtahun Nur yang akan datang pada Jun nanti, iaitu menghantar Nur untuk mengikuti ibadah umrah untuk tahun ini. Syukur Alhamdulillah, Nur akan berangkat ke Tanah Suci pada hari Jumaat ini (iaitu 5 Mei 2012).
Sesungguhnya Nur tidak menjangkakan kejutan seperti ini dan Nur sangat bersyukur pada Allah kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu-Nya dalam masa yang terdekat ini.
Semoga Allah mengurniakan seribu rahmat dan ganjaran buat suami tersayang di atas segala kebaikannya selama ini.
"Ya Allah ya Tuhanku, Berikanlah kebaikan di dunia dan di akhirat buat suamiku dan kurniakanlah rahmat-Mu kepada beliau dan permudahkan setiap urusannya. Amin."
Di kesempatan ini, Nur memohon ampun dan maaf andai sepanjang Nur berkenalan di dunia maya ni, Nur ada melakukan salah dan silap sama ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan rakan2 blogger yang lain. Pada sesiapa yang mengenali diri Nur, Nur mohon ribuan ampun dan maaf dan Nur berharap agar kalian semua dapat mendoakan kesihatan dan mempermudahkan urusan Nur untuk melaksanakan ibadah umrah itu nanti.
Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan komen dan Nur ternyata tidak berkesempatan untuk membalasnya. Insya-Allah andai diberi peluang kita akan bertemu kembali sebaik sahaja Nur pulang dari Tanah Suci kelak.
Itu sahaja untuk kali ini, sekian wassalam.
Surprise dari suami tersayang.
Inilah hadiah yang Nur ceritakan di atas.
Kursus umrah anjuran Tabung Haji Travel.
Kursus umrah anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Video lengkap untuk panduan rakan2 semua.,
seronoknya dapat hadiah pergi umrah.. bkn semua org berpeluang pg umrah sebelum haji kan.. moga segalanya dipermudahkan...
ReplyDeleteMasya : Syukur kerana menjadi salah seorang tetamuNya.. Terima kasih atas doamu..
DeleteTanniah dapat hadiah pakej Umrah. :-)
ReplyDeleteSaudara Akubiomed : Terima kasih.. :)
Deleteslmt mngrjakan umrah....
ReplyDeletehope duit yg digunakan dr sumber yg halal...
supaya umrah nyer berkesan..
bukan setakat gi mlancong shj seperti kbykn org akhir zaman...
Anonymous : Terima kasih atas ucapan dan pesanan. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat..
Deleteasslamualaikum - tahniah dapat jadi tetamuNya. Semoga beroleh umrah mabrur - selamat berangkat dan selamat kembali ke tanah air.
ReplyDeleteKak Sonata anak kancil : Waalaikummussalam.. Terima kasih kak. Syukurlah segala urusan Nur dipermudahkan olehNya.
DeleteAssalamualaikum my dear nur..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...dipilih dan diizinkanNya Nur ke sana..menjejak tanah suci..
Moga dipermudahkan segalanya..dan diberi kekuatan serta kesihatan yang baik sepjg di sana...
Selamat Berangkat yaa Nur...andai diberi ingatan di sana...doa2kan juga utk akak ..agar dapat susuli ke sana juga...:)
Kak Kartini : Waalaikummussalam Kak Kartini.. Syukurlah segala urusan Nur di sana telah dipermudahkan olehNya. Moga akak juga akan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci satu hari nanti. Amin.. :)
Deleteaslmkum nur.. smga dipermudahkan segala urusan yer.. selamat bernagkat n kembali nnti..
ReplyDeleteKak Dzana : Waalaikummussalam kak.. Syukur Alhamdulillah.. semuanya selamat dan dipermudahkan. Terima kasih atas doamu. :)
Deleteselamat menunaikan umrah nur..semoga dipermudahkan segalanya. jumpa lagi ya.
ReplyDeleteKak Nor @ WC : Terima kasih kak atas ucapan dan doa..
Deletewahhhh bestnya..... selamat mengerjakan umrahhhh
ReplyDeleteKak Mia Liana : Terima kasih Kak Mia.. :)
Deletesemoga selamat perjalanan pegi dan balik Nur
ReplyDeletePapa-NtiQ : Terima kasih banyak...
DeleteSelamat menunaikan ibadah umrah...semoga dilancarkan segala urusan dan dikabulkann segala doa-doa Nur dan suami...amin..amin..amin...
ReplyDeleteKak UmmiRosma : Terima kasih kak atas doamua.. Mudah-mudahan segala ibadah dan doa Nur di sana akan diterima oleh Allah.. Amin.
DeleteUntuk pengetahuan akak, suami tidak dapat pergi atas urusan kerja. Nur pergi dengan abang dan kakak ipar.
Nur..tahniah, moga semua urusan ibadah berjalan dengan lancar ..doa2kan kak sal moga sampai seru2 juga di sana..Amin
ReplyDeleteKak Sal : Terima kasih kak atas doamu.. Mudah-mudahan akak akan turut sama dapat jejakkan kaki ke tanah suci.. Amin.
DeleteAlhamdulillah.....selamat menjalan ibadah ..semoga segalanyer dipermyudahkan dan diberkati..., amin
ReplyDeleteKak Aleyn : Terima kasih kak.. Syukurlah segalanya dipermudahkan olehNya..
Delete