Kredit gambar Google
Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:
- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
Menjauhi amalan-amalan syirik
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Membersihkan diri dari dosa
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang diambil dari manusia tersebut.
Berdoa dan bertawakkal
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.
Sumber ini dipetik daripada Laman Web Portal Maklumat Agensi-agensi Umrah (i-Umrah) Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
perkongsian yg memanfaatkan..tk
ReplyDeletethanks berkongsi cikgu...
ReplyDeletemmg banyak persediaan y perlu di buat sebelum kesana
Ada cadangan hendak buat Umrah tahu ini?
ReplyDeletebilalah kita ni nak sampai seru...teriiiiingin..
ReplyDeleteSalam... terima kasih sudi kongsikan kepada semua yaa.. :)
ReplyDeleteSalam kak nur, akak apa khabar? lama tak dtg sini, harap2 akak sihat2 ya.. kita jwb kat sini tau kak, kita gi cuti2 dlm thailand ajerr, cuma g pulau ajerr dekat ngan sempadan cambodia, belum ada rejeki nak jalan2 kat bali :D
ReplyDeletewalau pun tak tahu bila smpai seru, mekaseh jugak untuk ilmu yg dikongsikan utk panduan akn dtg insyaAllah!
alhamdulillah n3 yg menarik..memang betul byk persediaan yg perlu dibuat sebelum kita menjadi tetamu Allah. bila dah sampai sana mcmx2 dugaan datang yg kita tak sangka juga.
ReplyDeleteaslmkum nur.. program cuti sekolah ke ni.. syukuralhamdullilah.. smga dipermudahkan semua urusan nur.. doa2 kan akk jugak yer..
ReplyDeleteSalam Kak Nur,
ReplyDeleteAmat bagus apa yang akak kongsikan ni. Saya juga ada impian untuk ke tanah suci suatu hari, harap2 dimakbulkan nanti :)
Assalam Nur,
ReplyDeleteNur nak pergi umrah ke?..
semuga dipermudahkan segala urusan..insyaallah..
Mudah2han kita sampai juga menjadi tetamu Allah nantikan Nur..
Salam my dear dik Nur:)
ReplyDeleteBila tgk pada tjk n3....terus terdetik..agak2 Nur bersiap sedia nak ke Umrah kutt..:)
InsyaAllah...moga dipermudahkan segalanya...:)
semoga kita semua diberi peluang untuk ke sana jua satu hari nanti..aminn..
ReplyDeleteNUR, yg penting kita niat dulu kan...pastu yg lain tu Allah akan permudahkan
ReplyDeleteSalam Nur,
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Akak pun tumpang baca untuk persediaan akak nak mengerjakan Umrah pada musim cuti sekolah hujung Mei ini. Moga Allah permudahkan semua urusan di sana.