Salam buat semua,
Apa khabar semua? Bagaimana dengan ibadah puasa anda semua hari ini? Di kesempatan ini, Nur ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" buat semua followers dan pembaca blog Cetusan Rasa. Semoga ibadah puasa yang kita jalani akan mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.
Setelah beberapa entri pembuka cerita yang lepas iaitu di entri INI dan INI, Nur ingin bercerita dengan lebih lanjut tentang malam yang cukup bermakna itu. Kesibukan tugas di sekolah menyebabkan Nur agak lewat untuk menceritakan detik2 indah yang tak mungkin Nur lupakan sampai bila2. 11 orang blogger yang menerima jemputan khas pada malam itu, sememangnya sangat dihargai oleh Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi) dan diberi layanan kelas pertama. Untuk pengetahuan semua, kesemua blogger yang hadir pada malam tersebut (14 Julai 2012) tidak pernah bertemu antara satu sama lain dan ternyata malam itu jadi medan untuk merapatkan ukhuwah sesama kami.
Inilah link entri Nur dalam woww 1001 giveaway anjuran Kak Ida tempoh hari yang melayakkan Nur untuk hadir pada malam tersebut. Pada asalnya penyertaan hanyalah sekadar mencuba nasib dan Nur tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Namun, syukur Alhamdulillah Nur telah terpilih dan Nur pernah menulis beberapa entri sebelum ini tentang keterujaan Nur untuk datang ke majlis tersebut (Anda boleh rujuk di entri ENTRI INI dan ini pula ENTRI KAK IDA).
Credit picture HERE
Sememangnya kesemua blogger yang dijemput oleh Kak Ida sangat teruja untuk menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh baca entri beliau di SINI.
Nur bersama Kak Ida, seorang ibu, isteri dan blogger terkenal tanah air. Teruja sangat ketika bertemu empat mata dengan beliau di Restoren Rebung pada 14 Julai yang lepas.
Apa yang menariknya mengenai GA yang dianjurkan oleh Kak Ida pemilik blog Koleksi 1001 Resepi dan juga FB 1001 resepi serta penulis jemputan dalam blog myChef ini ialah pemenang GA dijemput untuk mengambil hadiah pada satu majlis makan malam khas yang ditaja oleh pihak myChef dan Restoren Rebung milik Dato' Chef Ismail, yang terletak di Bangsar. Secara peribadi, Nur melihat Kak Ida merupakan seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Lihat sahaja kejayaan beliau yang pernah menggondol 2 anugerah awal tahun ini. Anugerah pertama telah menobatkan beliau sebagai "BEST F&B AWARD" di dalam "World Blogger and Social Media Award 2012" pada 16 Mac 2012 lalu manakala anugerah kedua pula ialah merupakan pemenang kategori fabulous Food 1Malaysia Blog ketika "Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 (MITBCA2012)" pada 8 Mei 2012 lalu, anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.
"Tahniah buat Kak Ida!
Semoga Kak Ida terus sukses dan terus berkongsi resepi2 lazat dengan kami semua."
Itulah dia kehebatan Kak Ida seorang suri rumahtangga yang memiliki lima orang anak yang sedang meningkat dewasa. Beliau mampu meletakkan blog beliau sebaris dengan blog2 terkenal lain di tanah air dan mampu menarik ribuan pengunjung saban hari. Nur memang kagum dengan kegigihan dan kesungguhan beliau. Minat memasak yang ada dalam dirinya dikongsi bersama pembaca blog Koleksi 1001 resepi dan beliau bukan sahaja berkongsi resepi yang enak dan lazat, malah turut berkongsi pengalaman beliau bercuti di luar negara kepada pembaca sebagai penambah perisa blog kesayangannya itu.
Percaya atau tidak blog Koleksi 1001 Resepi sehingga tarikh hari ini telah mempunyai follower seramai 5000 orang blogger dan Facebook 1001 Resepi pula telah mengumpul hampir 250 000 peminat dan pageview blog beliau pula telah mencecah angka 4 juta.
Selaku penganjur, Kak Ida telah memilih pemenang berdasarkan entri terbaik dan menepati syarat2 yang telah ditetapkan. Sebenarnya Nur sendiri tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang blogger yang bertuah. Nur memang sangat gembira dan bagaikan tidak percaya. Syukur Alhamdulillah.
Berikut adalah link 10 lagi blogger yang terpilih :
Selaku penganjur, Kak Ida telah memilih pemenang berdasarkan entri terbaik dan menepati syarat2 yang telah ditetapkan. Sebenarnya Nur sendiri tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang blogger yang bertuah. Nur memang sangat gembira dan bagaikan tidak percaya. Syukur Alhamdulillah.
Berikut adalah link 10 lagi blogger yang terpilih :
1) Kak Aziela
~ http://therainbowjourney.blogspot.com
(Peramah orangnya, suka bercerita dan sangat sporting orangnya..)
2) Kak Sariyusa ~ http://sariyusa.blogspot.com
(Berasal dari JB, merupakan seorang yang lembah lembut, peramah dan sopan santun..)
3) Salmi Khairil ~ http://salmikhairil.blogspot.com
(Seorang pemalu, namun seronok berbual dengan beliau. Beliau datang dengan suaminya..)
(Kami bertiga duduk semeja.. Seronok bersembang dan berkenalan dengan mereka.. )
(Peramah orangnya, suka bercerita dan sangat sporting orangnya..)
2) Kak Sariyusa ~ http://sariyusa.blogspot.com
(Berasal dari JB, merupakan seorang yang lembah lembut, peramah dan sopan santun..)
3) Salmi Khairil ~ http://salmikhairil.blogspot.com
(Seorang pemalu, namun seronok berbual dengan beliau. Beliau datang dengan suaminya..)
(Kami bertiga duduk semeja.. Seronok bersembang dan berkenalan dengan mereka.. )
4) Syuhada Salleh ~ http://www.syuhadasalleh.my
(bakal bergelar Dr dan agak pemalu orangnya... )
5) Suzlin ~ http://suzlinazreena.blogspot.com
(Kecil molek orangnya dan berasal dari Pasir Gudang, JB..)
6) Cheetah ~ http://cheetah87.blogspot.com
(Tak sempat beramah mesra dan beliau datang bersama adiknya..)
7) Kak Suriani @ Susumanis ~ http://jikaduniaakuyangpunya.blogspot.com
(Orangnya sangat peramah dan happening.. )
8) Kak Zefa Nor Asmara ~ http://jemariasmara.blogspot.com
(tak sempat berbual panjang dengan Kak Zefa. Cantik orangnya dan datang bersama suami tersayang)
9) Nurul Siezuka ~ http://www.siezuka.com
(Orangnya sangat peramah, cantik dan sporting)
10) Kak Zurina ~ http://www.reenorcollection.blogspot.com
(Seorang yang pendiam dan berasal dari Kelantan. Beliau ditemani dengan anak lelakinya.. )
Tahniah buat myChef di atas penghasilan produk yang inovatif dan unik. Terima kasih kerana sudi menaja makan malam kami dan memberi sampel produk buat semua pemenang GA woww 1001 giveaway.
Bercerita tentang produk myChef pula, sememangnya produk ini sangat menepati citarasa Nur kerana hasilnya amat memuaskan dan memang mendapat pujian daripada suami dan rakannya. Beberapa kotak produk pemberian myChef telah Nur agihkan juga pada rakan2 suami untuk tujuan promosi dan Nur juga akan menulis di blog dari semasa ke semasa.
Semoga pihak myChef akan terus sukses dan meneruskan kerjasama dan hubungan baik dengan rakan2 blogger. Sememangnya kenangan malam itu amat manis dan akan terpahat dalam ingatan semua pemenang GA Kak Ida sampai bila2. Terima kasih myChef dan terima kasih atas layanan kelas pertama oleh semua duta2 produk myChef pada malam tersebut (kecuali Chef Liza yang tidak dapat hadir). Chef2 selebriti yang hadir sangat peramah, sporting dan tidak lokek ilmu. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik dan jasa anda pada kami.
Sebahagian daripada produk myChef. Gambar ini dipinjam dari blog Koleksi 1001 Resepi
Produk myChef ialah makanan segera sejuk beku
ini sangat mudah untuk disediakan mendapat sentuhan chef-chef terkenal tanah air. Bezanya ialah ia boleh disediakan di rumah dan harganya sangat berpatutan dan boleh didapati pasaraya2 di seluruh negara. Pastinya tidak rugi mencuba dan sangat lazat dan kualitinya pasti terjamin kerana
produk ini melantik duta2 di kalangan chef-chef terkemuka negara. Chef2 selebriti yang terlibat dengan produk myChef ialah Dato' Chef Ismail, Chef Zam, Chef
Liza, Chef Florence Tan dan tidak ketinggalan, Dr. Chef Ezani yang baru sahaja
dinobatkan sebagai Master Chef pertama Malaysia.
Berbalik pada majlis makan malam itu, penyampaian hadiah GA Kak Ida telah ditaja bersama pihak MyChef dan pemilik Restoran Rebung iaitu Dato' Chef
Ismail dan rakannya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Ini laman web Restoren Rebung : http://www.rebung.com.my
Pada yang ingin berbuka puasa di Restoren Rebung anda boleh hubungi nombor telefon di atas untuk tempahan meja.
Business card pemberian Dato' Chef Ismail.
Tak sangka pihak myChef dan Dato' Chef Ismail sangat bermurah hati
menaja lokasi dan makan malam pemenang semua dan juga pasangan masing2. Makanan yang dihidangkan sangat lazat dan membuka selera. Namun demikian, Nur tidak sempat untuk menjamah kesemua hidangan itu kerana terlalu leka berbual rancak dan beramah mesra dengan para blogger yang hadir.
Semua pemenang GA woww 1001 giveaway tidak pulang dengan tangan kosong. Kami semua menerima sedozen produk-produk MyChef dan hamper sumbangan Baba's di samping hadiah utama sempena GA woww 1001 giveaway
tersebut. Pasangan yang hadir turut menerima 5 kotak produk myChef sebagai hadiah iringan.
Kak Ida mempunyai cara tersendiri untuk memberikan cabutan bertuah kepada follower setia blognya. Memandangkan kesemua yang hadir mengidamkan pie maker yang didatangkan khas dari Australia, kami semua diminta menulis nama di atas kertas kosong dan memilih 3 nombor pilihan hadiah dan kemudian kad tersebut dimasukkan ke dalam bekas cabutan bertuah. Untuk pengetahuan semua, semua hadiah diletakkan di atas sebuah meja panjang dan dilekatkan dengan nombor.
Kak Ida mempunyai cara tersendiri untuk memberikan cabutan bertuah kepada follower setia blognya. Memandangkan kesemua yang hadir mengidamkan pie maker yang didatangkan khas dari Australia, kami semua diminta menulis nama di atas kertas kosong dan memilih 3 nombor pilihan hadiah dan kemudian kad tersebut dimasukkan ke dalam bekas cabutan bertuah. Untuk pengetahuan semua, semua hadiah diletakkan di atas sebuah meja panjang dan dilekatkan dengan nombor.
Setelah itu, chef selebriti yang hadir dijemput untuk mencabut 2 keping kad. Mereka yang bertuah yang kadnya terpilih boleh membuat pilihan berdasarkan senarai hadiah yang ditulis di kad tadi. Namun sekiranya hadiah tersebut telah dipilih oleh pemenang GA yang terawal, maka hadiah pilihan kedua dan ketiga akan menjadi milik mereka. Unikkan.. Ini bermakna hadiah yang kami perolehi merupakan hadiah idaman kami dan bukannya ditentukan oleh Kak Ida.
Inilah rakan semeja Nur. Sempat bergambar kenangan bersama Nurul Siezuka (hanya Nurul sahaja yang tidak duduk semeja dengan Nur), Salmi Khairil, Kak Aziela dan Kak Sariyusa.
Orangnya sangat pemalu namun apabila ditegur beliau sangat peramah dan sentiasa memberikan senyuman. Suka berbual dengan beliau dan bekas penuntut STF ini bakal melancarkan produk terbarunya bersama myChef.
Terlalu gembira ketika diumumkan memenangi hadiah cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Kak Ida. Kelihatan blogger Bro Framestone di belakang sedang ralit memegang gajetnya. (Beliau merupakan blogger jemputan bersama blogger Ariff Shah)
Ini pula hamper rempah ratus sumbangan Baba's. Sekali dengan apron dan bekas rempah.
Ini pula sebahagian daripada sedozen produk myChef yang Nur terima daripada Chef Zam. (lihat gambar di bawah). Ini link blog myChef, klik di SINI
Menerima sedozen produk myChef dan hamper Baba's daripada Chef Zam.
Bersama beberapa orang pemenang GA yang lain bersama Ariff Shah (blogger jemputan Kak Ida).
Memori indah ini terpahat kukuh dalam ingatan kami semua.
Terima kasih Kak Ida.
Ini pula kerongsang daripada Kak Sariyusa yang diberi kepada semua yang pemenang yang hadir sebagai tanda persahabatan.
Inilah pemberi hadiah kerongsang di atas, Kak Sariyusa. Cantik manis orangnya dan rupa-rupanya rumah beliau sangat hampir dengan rumah Nur di JB. Tak sangka yang kami akan bertemu empat mata di KL. Kalau tak kerana majlis anjuran Kak Ida, mungkin Nur tak akan dapat berjumpa dan berkenalan dengan beliau.... :)
Apa yang pasti, ukhuwah yang terjalin sepanjang masa majlis ini tidak akan berhenti begitu sahaja kami saling bertukar nombor telefon dan mungkin akan berjumpa lagi pada masa2 yang akan datang.
Inilah entri rasmi dan Nur akan susuli dan Insya-Allah Nur akan mengarang lagi entri2 lain seperti juadah dan gambar2 selingan untuk tatapan pembaca blog Cetusan Rasa. Harap anda semua tidak jemu ye..
Credit picture : Google search
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penaja utama malam Penyampaian Hadiah GA woww 1001 giveaway iaitu Kak Ida, pihak myChef terutama En. Mohamad
Fairuz (Chief Executive
Officer of Flavor Innovation) yang turut turun padang malam itu dan beramah mesra dengan semua pemenang GA Kak Ida.
Terima kasih juga kepada
Chef Ismail, Chef Zam, Chef Florence dan Chef Ezani. (Chef Liza tidak dapat hadir). Chef2 yang hadir memberi layanan mesra dan sudi berkongsi cerita dengan kami pada malam tersebut. Tidak lupa juga buat pihak Baba's (En Navin dan Puan Wani) dan Dato' Burn (atas tajaan 2 unit pie makers yang didatangkan khas dari Australia). Menurut Kak Ida, Dato' Burn membuat perniagaan Travel Agent di Perth. Jika anda ingin berkunjung ke Perth, Australia sila hubungi beliau.
Terimalah kad ucapan sempena Ramadhan ini khas untuk anda semua.
Sekian, salam Ramadhan dari Nur.
Wassalam.
p/s : Ini antara entri terpanjang yang pernah Nur tulis sehingga ke hari ini. Selamat membaca... (",)
wah memang betul2 penuh entry nie...seronok sgtkn
ReplyDeleteSalmi Khairil : Hehe.. Actually banyak lagi nak diceritakan.. Tunggu ada masa lebih.. Memang seronok sangat.. :)
DeleteWah panjang juga sambungan entri ini. Tentu seronok dapat menyediakan bermacam jenis lauk pauk hasil kemenangan tersebut.
ReplyDeleteSaudara Azrin : Memang kami ada tugasan selepas majlis. Kak Ida nak memilih 3 entri terbaik, jadi kami kena buat entri mengenai malam tersebut supaya dapat memikat hati penganjur.
DeleteMemang banyak menu enak dan lazat yang dapat kami rasa dengan produk myChef ni. Saudara kena cuba juga.. :)
woww..bestnye nur..mcm2 hadiah dapat! tahniah ye..salam ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa gak wat nur sekeluarga ye!
ReplyDeleteKak Inahar : Terima kasih kak.. Salam Ramadhan juga untuk akak sekeluarga.. :)
DeleteItu dia panjang N3 Nur... tahniay dari kakak dan selamat menjalankan ibadah puasa...
ReplyDeleteKak Zakie : Terima kasih kak.. Jarang Nur nak karang entri panjang2 ni.. :)
DeleteSelamat menunaikan ibadah puasa juga untuk Kak Zakie sekeluarga.. :)
Salam Nur,
ReplyDeleteMasyaallah...panjangnye entri...jenuh kkida nak membacanya...hehe...btw, Nur memang rajin...kkida salute you...kkida tak sempat lagi baca blog peserta GA lain...tapi Nur punya entri ni memikat kalbu...:-)
Kak Ida @1001 resepi: Wslm Kak Ida... Hehe.. Nur jarang nak mengarang entri panjang2 ni kak.. Tapi dek kerana gembira sangat, sampai tak perasan karangan dah panjang meleret...
DeleteTerima kasih kak atas pujianmu itu.. Syukurlah akak berpuas hati dan terpikat dengan entri ni.. Ini pun tak dapat habis lagi, banyak benar cerita pada malam tu. Apa2 pun, Kak Ida memang terbaik!!!
selamat berpuase....
ReplyDeleteKak Pena Rozie : Terima kasih kak.. Salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga... :)
DeleteSyuhada : Terima kasih Syuhada.. Kiranya akak dah bayar hutang Kak Ida.. Next time kalau kita jumpa lagi, kita sembang panjang2 ye.. :) Nice knowing you..
ReplyDeleteSelamat berpuasa..
wah! karangan yg panjang dan cukup padat....;) hehehe...pendiam ke nur?...sbnarnya takdelah pendiam sgt...cuma xsempat nk beramah mesra sbb sibuk melayan "ank teruna" yg sorg tu. Pepun slmt bpuasa ya! mg kita sama2 mdpt keberkatan drNya!!!..;)
ReplyDelete