Inilah dia aduanan roti canai homemade yang diadun oleh kakak ipar.
Nur dan adik beradik lain mengasah bakat menebar roti canai. Memanjang koyak ye.. jadi senang cerita buat roti canai bentuk bulat je. Gambar di atas diambil ketika abang Nur menunjukkan aksi menebar untuk kali pertama.
Hasil roti canai yang ditebar oleh abang.
Ini pula tangan kakak ipar yang begitu ligat menebar. Beliau dah biasa membantu ibunya yang membuka gerai makan di kampung halaman. Kakak ipar juga sangat pandai membuat teh tarik.. Setiap kali balik, kami mesti request air teh tarik atau nescafe ketika sarapan.
Roti canai yang dah siap. Separuh buat roti telur, ini idea abang sulung Nur dan selebihnya roti canai kosong.
Banyak juga roti canai yang dapat dihasilkan ( 1 1/2 kg tepung gandum). Banyakkan... tapi jangan risau memang habis sebab anak2 saudara sedang membesar dan mereka kuat makan.
Model sambilan yang belum mandi pagi.. Siapa lagi kalau tak Humaira.. Aksi free style...
Suka buat muka comel... gerammmm sangat!!
Roti canai dimakan bersama rendang daging, kari daging dan sambal tumis. Ada juga yang makan roti canai cicah susu pekat manis.
Roti canai yang dibuat secara bergotong-royong bersama semua adik-beradik.
Ini antara menu sarapan di hari raya.. Mee goreng basah.
p/s : Apa menu rakan2 untuk sarapan waktu hari raya?
p/s : Pada rakan2, jemput join GA ke-3 Nur yang sangat mudah dan ringkas. Tarikh tutup pada 31 Ogos 2012 jam 11.59 malam.
Sila klik di link berikut :
Sila klik di link berikut :
Bila home made roti canai ini teringatkan akan emak saya akan buat dengan cara yang sama.
ReplyDeletewah..berbakat..memang susah nk buat sb selalu koyak rabak..
ReplyDeleteKakcik kalau buat roti canai dulu2, letak atas talam dan tarik sampai nipis sbelum dilipat2. Nak menebar memang tak pandai. :)
ReplyDeletepagi raya pertama rina sarapan makanan raya..ketupat tu seme..sejak bulan puasa smpi hari ni lum makan roti canai lg hehe
ReplyDeletesalam kak.. lama tak singgah sini.. wahh, saya tak pandai nak buat roti canai.. tau makan je.. kalau nak teringin nak makan singgah di kedai mamak je... hehehe.. salam aidilfitri ye...
ReplyDeleteassalamualaikum nur...wah sedapnya makan roti canai buatan sendiri ...:)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri..
ReplyDeleteSinggah untuk tambah kenalan..
Sedap roti canai buatan sendiri...
Terliur lak...