Sila klik link bawah...

Sunday, January 8

Tarian Naga atau Singa ( Tarian Muhibah 1 Malaysia)

Salam buat semua.
Apa khabar semua? Nur harap semua pembaca blog ini sihat2 belaka. Hujung minggu ni tentu ramai yang luangkan masa bersama keluarga tersayang. Pada 1 Januari 2012 yang lepas, Nur luangkan masa bersama suami tersayang berkunjung ke City Square, Johor Bahru. Kami memang jarang ke sini dan kebetulan saat kami berkunjung ke sana beberapa aktiviti menarik telah diaturkan sempena sambutan tahun baru. Antaranya ialah Tarian Naga atau Tarian Singa.

Apa yang menarik ialah 2 orang penari yang terlibat dalam tarian naga ini terdiri daripada pelajar bangsa Melayu. Satu daripada kostum naga dan singa tersebut dikendalikan pelajar berbangsa Melayu. Memang persembahan mereka sungguh menghiburkan dan penuh debaran. Aksi dan gerakan penari yang mengenakan kostum naga atau singa cukup tangkas dan lincah. Anda boleh lihat sendiri di dalam video di dalam entri INI

Ternyata penonton2 yang hadir sangat berpuas hati dan terhibur dengan persembahan ini dan Nur sangat teruja kerana pertama kali dapat menyaksikannya secara "live" dalam jarak yang sangat dekat.

Mari kita lihat gambar2 yang sempat Nur rakamkan sewaktu berada di sana.





Pelajar berbangsa Melayu (berbaju t-shirt hitam) sedang sibuk berlatih di atas tiang. Manakala rakan2nya yang lain bekerjasama menghias tiang2 yang digunakan sepanjang persembahan.


Kerjasama antara ahli pasukan cukup membanggakan.



Bersiap sedia untuk beraksi.



Lokasi persembahan.



Penonton2 yang sangat ramai memenuhi ruang legar kaki lima City Square untuk menyaksikan persembahan.



Pentas persembahan.


2 ekor naga atau singa sedang beraksi.




Sesi pemberian angpau.



Nur dapat juga satu.. hehe



Tu dia.. Naga atau singa datang untuk memberi angpau.



Penonton tidak lepaskan peluang merakam aksi pasukan tarian ini. Rakam jangan tak rakam..



Pentas persembahan.


Lihatlah betapa tingginya tiang itu.. Kalau tak silap lebih kurang 2 meter.



Kepala naga.



Jom berkemas... Selesai persembahan, mereka terus mengemas peralatan yang ada.



Kelihatan salah seorang ahli sedang


Cheese...

Untuk lihat Video Persembahan Tarian Naga atau Singa yang Nur rakam, klik di SINI

 


5 comments:

  1. Wah dapat ang pau lagi. Cantik gambar kali ini dengan warna pun tidak pudar seperti gambar-gambar sebelum ini :-)

    ReplyDelete
  2. waaa...mnarik...xpnah lg tgk ank mlyu join trian singa...=)

    ReplyDelete
  3. wah dah mula keluar naga dah ni..best kalau dapat angpow

    ReplyDelete
  4. Buat Saudara akubiomed,
    Bukan ada duit pun.. cuma coklat je.

    Alahai.. banyak ke gambar2 yang pudar. Memang kadangkala saya guna kamera handphone dan kamera compact je. DSLR memang guna sekali sekala.. Banyak yang perlu dipelajari.

    Buat Cik Lynn,
    Tu la.. pertama kali juga. Ada 2 orang. Yang pakai kostum singa tu, salah satu daripadanya dikendalikan oleh pelajar Melayu.

    Buat kak ina KL,
    Betul tu kak.. Perayaan CNY dah semakin dekat.. Angpau tu cuma ada coklat je..

    Buat iemah,
    Terima kasih kerana jadi follower blog ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...