Sila klik link bawah...

Tuesday, May 29

Keladi Goreng Cicah Sambal Kicap

Keladi yang belum digoreng yang dipotong memanjang.


Cara2 Untuk Membuat Keladi Goreng : 
1) 2 sudu besar ketumbar ditumbuk bersama 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih hingga lumat.

2) Kemudian bahan yang telah ditumbuk tadi digaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus (secukup rasa).

3) Tambahkan sedikit tepung serbaguna Kentucky dan gaul hingga rata.

4) Jika terlalu kering, renjiskan sedikit air.

p/s : Lebih sedap jika adunan ni diperap bersama keladi tadi.

5) Kemudian goreng keladi tadi hingga berwarna kekuningan.

Keladi yang sedang digoreng di atas kuali.

Bahan2 untuk membuat sambal kicap yang dimasukkan di dalam blender.


Sambal kicap

Cara2 membuatnya :

1) Lada merah, cili api (ikut suka) dan lebih kurang 2 ulas bawang putih digoreng dengan sedikit minyak hingga layu.

2) Kemudian kisar bersama gula, kicap dan sedikit air asam jawa hingga halus. Jika tidak suka pedas, belah lada dan cili api tadi dan basuh bijinya supaya kurang pedas.


Keladi goreng yang telah siap. Dimakan bersama sambal kicap.




SELAMAT MENCUBA!

25 comments:

  1. Assalammualaikum.. wahhhh sedapnya... terbau2 sampai dapur sha... sedapnyaa.. dah lama tak makan keladi ni kecurrnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shahriah Abdullah : Waalaikummussalam.. Kak Sha, hebat betul akak.. cepat je dapat hidu bau.. Komen terpantas... Tahniah ye!! :D

      Delete
  2. tu dia....
    boh ketumbar jintan.. mmg baunya naikkk gitu.....

    nak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu @ Citarasa Rinduan : Ayu, akak tak bubuh jintan.. Ni pun dah naik baunya.. Cuba ye!!!

      Delete
  3. Replies
    1. Kak Nor @ WC : Nur mulanya tak suka keladi, tapi bila goreng macam ni memang layu je... Sedap sangat.. Cuba ye!!

      Delete
  4. sedap ni bile dimakan panas2...ade sambal kicap lg...perghhh tliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh Honey : Hehe.. maaflah ye sebab buat QH terliur.. Nanti kena cuba resepi ni.. Baru tahu rasanya macam mana.. :)

      Delete
  5. Belum pernah cuba. Nanti boleh mencuba. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AkuBiomed : Nanti bila dah cuba, beritahu ye..

      Delete
  6. Salam Nur cayang. Walaaa... memang sedap ni. Silap tak nampak kemarin, Along dah pengatkan keladi yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Alongroz : Wslm kak.. Hehe.. Takpe, next time akak boleh try.. Nanti beritahu Nur tau.

      Delete
  7. nur..sedapnya ada sambal kicap tu..tp keladi goreng tak penah makan pun..kalau ubi selalu la jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamalia : Ubi pun boleh juga kak.. Nanti Kak Kamalia cuba ye..

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. tiba2 rasa kecur tgk hidangan keladi goreng dgn sambal kicap ni... memang sesuai sgt utk minum petang ni.. lama akak tak buat goreng2an kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Madihaa @ Ratna : Betul kak.. Boleh simpan dalam peti ais, bila diperap rasanya lebih sedap.. :)

      Delete
  10. Assalam Nur,
    aduhai petang2 nampak keladi goreng memnag telan air liur ajelah nampaknya..
    sedap ni..kat johor kalau makan pisang goreng pun begitu jugakan makan cicah dng cili kicap..sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ayu : Waalaikummussalam Kak Ayu.. Memang kak, kalau di Johor, memang jadi kemestian bila makan pisang/ubi/keladi goreng mesti dicicah bersama sambal kicap.. Barulah terangkat!! hehe..

      Delete
  11. sambal kicap mcm org johor suka mkn kan! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak As : Betul kak.. Memang wajib!! Tak lalu makan, kalau takde sambal kicap nih.. ;)

      Delete
  12. Assalamualaikum Cikgu..
    Tak boleh tak Cuba nih... Tengok pun dah sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ya @ Deru Ombak : Waalaikummussalam.. Akak kena cuba, nanti beritahu Nur ye!!

      Delete
  13. Nur...yang ni lagi akak tersangat nak cuba..resepi baru untuk akak ni....adoiiiii...memang suka akak dgn resepi masakan Nur ni... :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih berkongsi.
    InsyaAllah bila ada ubi keladi yang dapat dituai dari kebun sendiri boleh cuba.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...