Sila klik link bawah...

Thursday, May 31

Khasiat Ciku


Buah ciku yang dibawa dari kampung kakak Nur. Satu plastik penuh..




Ciku yang masak ranum telah diasingkan.. Baunya yang harum dan rasanya yang lembut menandakan ciku telah masak.



Ciku yang masih muda diperam dengan dibungkus dengan kain tebal.



Ciku yang telah sedia untuk dimakan.. Manis dan sedap sangat.




Ciku atau nama sainsnya Achras zapota adalah antara buah-buahan tropika yang lazat rasanya dan mempunyai isi yang lembut dan halus. Buah ciku biasanya dimakan terus bukan sahaja enak dimakan malahan banyak khasiatnya. 

Kandungan gula, vitamin C dan mineral terutamanya kalsium dalam buah ciku adalah tinggi. Buah ciku sebenarnya setanding dengan buah pir dalam kandungan vitamin A, vitamin BI, B2 dan niasin, tetapi kandungan vitamin C dan kalsiumnya lebih tinggi. 

Selain dimakan terus, buah ciku boleh dijadikan halwa, jeli dan hirisan kering. Pokok ciku agak kecil atau sederhana, iaitu tingginya mencapai 25 m. 

Pokok ciku berbentuk piramid semasa kecil dan menjadi bulat apabila matang. Ciku ialah sejenis tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, berdahan rendah, berdaun lebat serta mempunyai batang yang liat. Pokok ciku lambat membesar tetapi dapat hidup lama. Satu ciri pokok ciku yang menarik ialah kebanyakan bahagian pokoknya, terutamanya kulit kayu mempunyai getah. Getah ini ialah chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula getah. Daun ciku ialah jenis mudah, agak tebal, berwarna hijau tua dan berkilat. Daun-daun bersusun di hujung ranting muda. Bentuk daun bujur telur berukuran 5 – 13 cm panjang dan 2.5 – 6.5 cm lebar. Bunga biasanya dikeluarkan di celah daun dan kadang-kadang di hujung ranting. Bunga ciku ukuran kira-kira 5 – 6 cm lebar. 

Kulit buah nipis dan berwarna perang kotor. Buah yang cukup masak mempunyai kulit yang berwarna perang dan tidak begitu menarik. Isi ciku lembut dan berwarna perang pucat. Rasanya manis dan berjus.Teksturnya halus tetapi kadang-kadang agak kesat atau berpasir. Di dalam isi terdapat 1 hingga 6 biji yang keras dan leper, berwarna hitam kecil, berwarna putih dan tidak begitu jelas kerana tidak kembang penuh. Bunga ini jenis lengkap, iaitu mengandungi stamen dan stigma pada sekuntum bunga. Buah ciku berbentuk hampir bulat atau bujur . Biji-biji ini sangat mudah diasingkan danpada isinya. 

Jenis-jenis ciku yang paling popular di Semenanjung Malaysia ialah Jantung, Betawi dan Subang. Ciku Jantung mempunyai buah yang agak besar, iaitu 90 – 120 g, berbentuk bujur dan berwarna perang kemerahan pucat Isinya lembut teksturnya halus, berjus dan berbau harum. Wamanya perang kemerahan, mengandungi 3-6 biji yang hitam berkilat, keras dan leper. Saiz buahnya agak seragam dan mudah dikendalikan. Ciku Subang banyak ditanam di kawasan Subang, Selangor. Buah jenis ini berbentuk bujur dan saiznya sederhana. Rasanya sangat manis dan tekstur isinya lebih halus dan tidak berpasir dibandingkan dengan ciku Betawi dan Jantung. Ciku Betawi mempunyai saiz dan kemanisan buah yang sederhKhasiaana. Bentuknya bujur sedikit atau hampir-hampir bulat. Kulit buahnya nipis. Isinya manis tetapi tekstumya agak kesat dan berpasir. 

Ciku adalah antara buah-buahan yang digemari ramai dan berpotensi sebagai buah segar untuk pasaran tempatan. Antara masalah yang dihadapi ialah tempoh penyimpanan buah yang singkat dan pengendalian buah yang agak rumit. 

 Sumber ini dipetik dari blog http://buahbuahan.com/2011/07/buah-ciku/ 

Khasiat Ciku
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). 

Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 

Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega. 

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium

12 comments:

  1. assalam
    salam kenal ye
    ciku memang sedap manis kalu cukup masaknya
    dari kecik akak suka ciku, ingat lg dulu2 kalu g umah arwah tok ayah mesti intai2 ciku dulu kat tepi rumah he he kat umah makayah di kg pun ada , buahnya sentiasa ada je tiapkali balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Sara Nur : Wslm.. Salam perkenalan juga..Memang payah cari buah ni. Kebetulan rumah mertua kakak ada tanam pokok ciku ni. Buahnya memang lebat.

      Delete
  2. Sedapnyer cikuuu...dah lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aleyn : Manis kak isinya.. Nur pun kebetulan ada yang beri, memang dah lama juga tak makan buah ni. Susah nak cari.. ;)

      Delete
  3. salam nur.acik paling suka ciku..sedap dan manis..bila tengok gambar buah ciku tu terliur sungguh.acik biasa beli yang kecik2 tu RM2 dapat la 5 biji..esok nak pi cari lagi ni.sedapnya lagi bila dah disejukkan dalam petiais.terima kasih kongsikan khasiat buah ciku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm kak.. Memang sama la, kalau nak makan kena beli. Ini pun kebetulan ada orang beri..

      Sama2 kak.. Info tu Nur google je.. :)

      Delete
  4. Susah hendak cari buah ciku sekarang ini kecuali dikampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AkuBiomed : Memang betul.. Kakak Nur pun baru pulang dari kg dia.. Rasanya sedap dan manis..

      Delete
  5. suka sgt ciku! tapi dah bertahun2 tak makan. uhuhu.. x sabar balik msia cari ciku nak makan. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak As : Alahai siannya kat akak... Takpe nanti balik Malaysia cari ye.. Maaf ye kak, tak dapat beri..

      Delete
  6. Sedap ni buah tropika ni...my mom usually peram dalam beras for few days...

    Buah muda yg kelat dpt dijadikan untuk ubat cirit-birit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak UmmiRosma : Ic.. thanks sis for the info.. Memang satu daripada khasiatnya ialah untuk merawat sembelit.. Tq sis.. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...