Gambar ini diambil waktu tengah hari.
Cantik sungguh.. Segar je mata memandangnya..
Info tentang Bunga Cina
@ Melur Cina
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia
augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai
tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai
banyak cabang
Putih berseri.
Pandangan dekat.
Pandangan atas.
Gambar ini diambil waktu
pagi. Bunga cina yang telah layu.
Kuntum bunga yang menanti
untuk berkembang.
Seri bunga yang semakin
pudar..
Inilah pokoknya.
Ini petua khas yang bonda Nur kongsikan untuk meredakan demam
1) Petik 7 helai daun melur cina (ambil daun yang agak muda / separuh matang) sambil membaca selawat
2) Sekepal asam jawa.
3) Seketul kecil garam jantan (seketul garam kasar)
4) Seulas bawang jantan (untuk mengenal pastinya bawang ia hanya ada 1 ulas sahaja)
~ Bawang ini tidak perlu dikupas kulitnya hanya perlu diketuk dengan anak lesung.
Cara-cara membuatnya :
i ) Masukkan bahan-bahan tadi di dalam mangkuk dan letakkan air (anggaran 2 cawan).
ii ) Semasa meramas bahan-bahan tadi bacalah selawat ke atas Nabi dan surah Al-Fatihah. Kemudian hembuskanlah ke dalam air campuran tadi.
iii ) Jeramkan (basahkan) air campuran tadi pada kepala anak2 kecil atau orang dewasa yang menghidap demam panas. Seelok-eloknya lapikkan bantal dengan kain alas, dikhuatiri mengotori bantal.
iv ) Lakukan amalan ini pada waktu malam sahaja dan ulang beberapa kali sehingga demam panas beransur kurang.
p/s : Daun durian belanda atau daun bunga raya juga boleh digunakan sebagai ganti daun melur cina.
Menurut bonda,beliau mengamalkan petua ini semasa membesarkan kami tujuh beradik dan dengan izin Allah, nampak kemujarabannya. Jika demam panas itu nampak berpanjangan, teruslah bawa anak2 anda itu ke klinik untuk rawatan lanjut.
Pada zaman dahulu, memang agak sukar untuk ke klinik, ditambah kekangan2 lain seperti ketiadaan kenderaan. Abah Nur hanya mempunyai sebuah motorsikal sahaja dan perlu mendapatkan khidmat teksi sekiranya perlu menghantar anak2nya ke klinik. Syukur Alhamdulillah, kini kesemua anak2 beliau telah berjaya berkat didikannya dan tunjuk ajarnya.
Khasiat Bunga Cina. Sila rujuk di SINI
p/s : Maaf ini entri ulangan.. Ada sedikit masalah hari tu..
Bunga nie wangi dia menusuk sangat. Rumah kampung kakak pun ada tanam.
ReplyDeletep/s: email kakak zakiepurvit@hotmail.com atau boleh juga promceil@streamyx.com (yg kedua ini sentiasa kakak lihat sebab company punya - nothing to worry as only kakak allow to access this email).
Kak Zakie : Memang wangi kak.. Nur dah hantar emel pada akak.. TQ sis.. :D
Deletedulu ada bunga ni kat blakang rumah.. tp skrang dah tak ade.. susah nak jumpa skrang ni,
ReplyDeleteZul Fattah : Memang tak ramai orang tanam pokok bunga ni.. Ramai jiran yang minta.
DeleteAssalam nur,.. info petua yang bagus.. cantik bunga cina ni..
ReplyDeleteKak Juwita : Wslm.. Tq kak.. :D
Delete