Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya dalam keadaan sihat. Nur sedang berehat sambil menikmati jeli kelapa.. Syukurlah hari ni hujan turun membasahi bumi JB ni.. Nyaman sikit suhu persekitaran.
Hari ni pulang lewat setelah menghadiri Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR 2012.. Bulan Jun ni memang padat dengan aktiviti, hari Sabtu lepas berlangsung Hari Koperasi, minggu ni pula berlangsung acara akhir sukan pada hari Isnin. Selasa dan esok (Jumaat), hari Sabtu ni pula Hari Terbuka dan Khamis depan Kejohanan Padang dan Balapan. Nur bertugas bahagian surat jemputan. Syukurlah tugasku dah pun selesai, yang tinggal hanyalah tugas semasa hari kejadian iaitu jurugambar majlis.
Bahan slide oleh Puan Pengetua petang tadi.
Ini hasil analisis post mortem dan langkah2 untuk mengatasi kelemahan yang ada. Peperiksaan Percubaan PMR berkemungkinan pada akhir bulan Julai dan Percubaan SPM pada awal September.
Dah bersediakah anak2 muridku?
ya cikgu.. semoga anak2 murid2 kita akan sentiasa bersedia dengan exam yang bakal menjelma...
ReplyDeleteCikgu Dil : Harap2 begitulah.. Tarikh peperiksaan dah semakin dekat.
Deletecikgu mmg sentiasa bersedia tapi anak murid??
ReplyDeletehurmmmm...sedapnyer jeli tu...
cheqna : Ye, betul tu.. Jeli ni beli di kantin sek.. Sedap juga. :)
Deletesalam ziarah...tq for the first komen @ fnfphotography.blogspot.jp...sedapnya jelly kelapa
ReplyDeleteFnF Simple Life : Sama2 kak.. Ada masa nanti saya singgah lagi blog tu.. :)
DeleteSelamat Malam Cikgu Nur.. <<< ala2 Upin Ipin... Hehehe.. waduhh itu kelapa jelly buat terasa2 tekak yang kering ni segauuu... wahh kisahnya Cikgu yaa.... anak Kak sha yang no 2 tu pun nak SPM tahun ni... wahh kalau dekat boleh korek2 ilmu dari Cikgu Nur kan kan...:))
ReplyDeleteKak Shahriah : TQ Kak Sha.. (akak memang lawak...).
DeleteJika dia ingin bertanya tidak menjadi masalah. Dia boleh kemukakan saje dalam emel / ruangan komen di blog2 subjek yang Nur bangunkan di sebelah kanan side bar blog ni.
Assalam Nur, sedapnya mkn jelly tu terasa sejuk jer tekak..saya suka jelly tapi malas tul nak buat...mkn jer rajinnya..hehe
ReplyDeletebz keja cikgu yer:)
Nieza : Wslm Nieza. Memang sedap, lagilah musim panas ni.. Nur tak buat, beli je.. Memang cikgu busy... rasanya sampai hujung tahun kot! :)
Deleteassalm nur..jelly kelapa memang sedap..acik pun suka..kadang setiap hari acik beli..sedap dimakan masa sejuk
ReplyDeleteKak Acik Erna : Wslm kak.. Betul kak.. lega betul tekak bila dapat makan.. :D
DeleteKalau saya tidak puas mahukan yang dari buah kelapa sendiri.
ReplyDeleteSaudara Azrin @ Akubiomed : Masalahnya dirumah saya takde pokok kelapa.. jadi memang kena beli je.. :) :)
Deletewah best jelly kelapa..asben selalu belikan yg kat area kulai sana...mmg sedap dan rasa kelapanya :)
ReplyDeleteKak sisdee : Memang sedap.. Memang sentiasa dijual di kantin sek.
Delete