Sila klik link bawah...

Sunday, September 23

Kenangan Ketika Menziarahi Ladang Unta di Hudaibiyah

 
Salam untuk semua,
Malam ni Nur ingin berkongsi video untuk tatapan teman2 blogger. Video ini diambil sewaktu Nur menziarah ladang unta di Hudaibiyah ketika menunaikan umrah bulan Mei yang lepas. Ternyata unta2 yang terdapat di ladang ini sangat jinak dan ingin beramah mesra dengan kami. Lihatlah gelagat unta itu apabila ramai yang ingin memberinya makan.
 
 



Satu keluarga unta yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
 
 
Teringin ingin memegang sendiri unta, namun agak sedikit takut. :)
 


Pemandangan sekeliling ketika jemaah umrah dalam kumpulan yang sama menziarahi ladang unta di Hudaibiyah.


Padang pasir yang tandus.

 
Gerai menjual susu unta. Susu unta sangat laku ada yang membeli berbotol2. Ada sumber mengatakan bahawa susu unta boleh disapukan pada muka sebagai masker untuk kecantikan wajah. Nur cuba juga untuk minum susu unta, namun tidak banyak.
 
Sememangnya ini merupakan antara kenangan yang tak akan Nur lupakan sampai bila2.
 
Sekian, selamat malam semua.
Wassalam. 
 

6 comments:

  1. bestnya


    tak kelip2 mata ayu layan gambar diatas

    doakan akan datang giliran ayu pula ya

    ReplyDelete
  2. cantik betul pemandangan, nice entry dan salam kenal~

    ReplyDelete
  3. Antara binatang yang wa suka tengokkan.. Ha.. unta lah wa minat sebenarnya.. Sebab jika kita belai unta tu.. Ia cam jinak.. N cuba nk bergurau dgn kita.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam, Nur.

    Seronoknya akak tengok Nur, lahhhh.. kenapa Nur tak peluk unta2 tu,rugi tau.. hihihi

    ReplyDelete
  5. tentu seronokkan. TQ sudi kongsi ceita & gambar ye

    ReplyDelete
  6. Setakat ini dapat melihat unta di zook sahaja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...