Sila klik link bawah...

Sunday, October 7

Memori Indah Bersama Pelajar

Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 semua? Bulan Oktober merupakan bulan yang agak sibuk untuk kami warga pendidik. Bulan ini juga merupakan bulan peperiksaan. Masa yang tinggal sebelum peperiksaan awam menjelang tiba ini digunakan sebaik mungkin untuk memberi bimbingan dan latih tubi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam. Suntikan kata2 semangat dan nasihat akan sering diberikan kepada semua pelajar tanpa mengenal erti jemu. Kesihatan diriku yang agak kurang memuaskan kebelakangan ini bukan jadi penghalang. Hampir seminggu juga selesema dan sakit tekak yang kualami belum surut walaupun telah banyak pil yang kutelan. Mungkin kerana terlalu penat dan badan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Pada hari Jumaat yang lepas, pelajar2 Tingkatan 5 diraikan dalam majlis yang cukup bermakna sepanjang mereka mengharungi zaman persekolahan iaitu Majlis Graduasi. Ini merupakan majlis kali keempat yang dianjurkan khusus untuk pelajar2 Tingkatan 5. Kebanyakan sekolah di seluruh negara mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis ini dengan harapan dapat meningkatkan motivasi mereka agar meningkatkan pencapaian akademik.

Berikut adalah beberapa gambar yang Nur selitkan untuk kenangan bersama batch Tingkatan 5 tahun ini.



Kenangan bersama beberapa orang pelajar Tingkatan 5 yang rapat dengan Nur ketika Hari Graduasi pada hari Jumaat lepas.



Kenangan bersama anak2 didikku yang akan menduduki Peperiksaan SPM tidak lama lagi.

"Cikgu doakan kalian semua berjaya dengan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM nanti. Insya-Allah."

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

Sumber Asal:
15 Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar - Julmazli Dot Com



Persembahan drama yang lucu dan penuh pengajaran..
Pelajar yang melakonkan watak ibu mengandung itu sebenarnya ialah pelajar lelaki..



Sekian dulu coretan untuk kali ini. Insya-Allah jika ada kelapangan masa nanti Nur akan berkunjung ke blog rakan2. Tidak sempat untuk membalas semua komen2 yang ada. Kepada rakan2 yang sangat rajin menulis komen dan sudi bertandang ke blog ini, terima kasih diucapkan.

Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.



"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"


8 comments:

  1. Insyallah hubungan baik antara guru dan murid serta berkat akan menghasilkan kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Memang guru insan mulia...menabur ilmu kepada murid, mendoakan kejayaan murid, merestui ilmu yang diberi, meraikan kejayaan murid....tanpa mengharapkan balasan!

    ReplyDelete
  3. Bnyk jasa Nur dgn bebudak tu, pasti sayu nak berpisah kan? Nur bnykkan minum air masak tau, panas ke cuaca sana? Sini selalu hujan pula.
    Nur...nnti akk simpan special utk Nur krosang tu. Cadang nak ke Johor cuti hjg thn. Fb akk tak aktif tau. Kalau jd nk jumpa Nur akk guna fb anak akk.
    Akk suka berjalan, shopping dll sbg terapi diri drp memikirkan masalah:-)

    ReplyDelete
  4. Itulah Nur... kakak lihat kaki 'ibu mengandung' tu lain macam je hihi...

    Anak-anak murid berjaya cikgu rasa bahagia itu yg pasti kan Nur.

    ReplyDelete
  5. tabik spring pada para2 guru terbaik mcm nur

    ReplyDelete
  6. amboi...meriahnya mereka...moga anak2 didik akan terus cemerlang..

    ReplyDelete
  7. kenangan bersama pelajar2 memang antara memori terindah...semoga anak didik kita mendapat kejayaan pada masa depan mereka kelak..aminnn

    ReplyDelete
  8. menjadi cikgu bukannya mudahkan?semoga Allah permudahkan urusan cikgu n permudahkan urusan pembelajaran murid2 cikgu=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...