Pulang dari tapak pesta Konvo UTM sekitar jam 5.30 petang. Terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk kerana hujan lebat.
Tengok tu.. Tak bergerak langsung.. Menunggu dengan penuh sabar.
Tasik UTM.
Hujan lebat telah pun reda.
Ini Taman Rusa.
Singgah sebentar melihat rusa2. Serius, ini kali pertama singgah ke Taman Rusa ni. Nur tak pernah singgah sini sejak menetap di JB.
Rusa2 sedang leka menikmati makanan. Mungkin sebab cuaca sejuk dan haiwan2 ini kelaparan... :)
Tengok tu.. Jalan menghala ke UTM, masih sesak.. Singgah di sini sekitar 5 minit je sebab teringin benar nak jenguk Taman Rusa.
p/s : Masa jalan2 di tapak di tapak pesta Konvo UTM ni, memory card kamera compact tertinggal pada laptop di rumah. Maaf ye sebab kualiti gambar agak tidak memuaskan kerana hanya guna kamera handphone je..
hujan sangat lebat sejak dua menjak ini terutama waktu petang sehingga kadangkala malas nak keluar diwaktu2 petang..
ReplyDeleteoh gi konvo UTM..selamat shopping..
Kak Sal : Memang ikutkan malas nak keluar.. tapi dah lama benar tak berkunjung ke tapak pesta konvo ni.. Tak shopping pun kak.. Borak2 je dengan kawan lama..:)
Deletehati2 sekarang ni mmg musim hujan semula!
ReplyDeleteKak Kesuma Angsana : Tq Kak KA atas ingatan.. ♥
Deletekonvo kali ni rina xda kesempatan nk pegi..
ReplyDeletenur nnt jom dtg karnival jom sihat kt stadium utm 19-21 oktober ni..rina buka booth kat sana :)
Rina : Rina mungkin sibuk melayan anak2.. Maaf Rina, Nur tak dapat datang sebab balik kg..
Deletetaman rusa?nak pegi juga la dear nak bawa anak,kat manatu?hehe.
ReplyDeleteArina Shamsul : Taman Rusa ni berhampiran pintu gerbang masuk ke UTM (di sebelah kanan).
Deletesinggah balas kunjungan...cantik blog..
ReplyDeleteizan mama mia : Tq atas kunjungan balas.. Tq atas pujian..♥
DeleteTak pernah tahu... nanti kalau kak Zai pergi JB nak singgah juga.
ReplyDeleteKak Zaitun : Saje je kak.. melepaskan tension melihat rusa2 ni.. Kebetulan memang lalu di situ.
DeleteAssalamualaikum :D
ReplyDeleteAda Tmn Rusa kat JB? kat mana yer? Ni betul2 org Johor dh ketinggalan zaman...hahaha
LinRosly : Waalaikummussalam.. Taman Rusa ni terletak berhampiran pintu gerbang UTM Skudai (di sebelah kanan).
Delete