Salam buat semua,
Sambungan entri 2 hari lepas, lepas bersarapan di Larkin Bomba. Nur dan adik angkat bergerak ke City Square JB. Memang selama duduk di JB jarang benar ke sini tapi sebab mengenangkan ada voucher percuma yang hanya boleh ditebus di POPULAR City Square sahaja kenalah juga Nur ke sini. Kali terakhir datang ke CS ialah pada 1 Januari tahun lepas. Masa tu banyak kedai2 ditutup untuk dibaik pulih. Sekarang dah banyak perubahan dan banyak kedai barangan berjenama di sini.
Tak shopping pun... Jalan2 cuci mata..
Kedai2 yang ada..
Selepas shopping di kedai buku POPULAR kami singgah di Pantai Lido. Entrinya di sini.
Lepas tu singgah sebentar di Danga Bay. Memang ikutkan ramai warga asing yang suka melepak di sini, mujurlah ada pegawai polis yang mengawasi kawasan sekitar, jadi kami berdua kurang bimbang.
Berikut adalah gambar2 yang Nur rakamkan waktu di Danga Bay.
Tenang je melihat gambar ini...
Sangat suka gambar ni..
Teringin juga nak naik kapal ni..
Sempat juga tuan empunya kamera berposing... :)
Tengok la.. besarkan replika udang kara gergasi ni.. Daku teruja..
Replika udang ni terletak di hadapan sebuah restoren seafood. Pasal restoren tu, rakan2 boleh rujuk blog INI. Rasanya memang port bergambar untuk sesiapa yang datang sini. Jika waktu malam tentu lebih cantik.
Gadis Bunga tentu terror bab2 ambil gambar waktu malam. Bilalah nak berguru dengan beliau. Gambar2 di blognya sangat cantik.
Oh Anis pun teruja juga.... Happy benar Anis..
Sebelum Nur terlupa, Nur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi ucapan "Selamat Tahun Baru" dan "Selamat Bertugas". Terima kasih atas ingatan rakan2 semua. Warga pendidik macam Nur dah memulakan tugas hari ni. Jika ikut jadual hari Rabu, Nur ada 2 kelas Tingkatan 5. Pengajaran memang dah bermula walaupun pada hari pertama tapi biasalah masih ramai pelajar yang masih belum membeli buku kerja. Minggu hadapan dah tak nak dengar lagi alasan yang sama. Hari ni kiranya masih dimaafkan sebab jadual waktu baru terima.
Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Selamat malam semua.... Sekian wassalam.
patut la saya tersedak sedak!
ReplyDeletegambo gambo awak pun cantik laaa...dah awak datang tengah hari, memang la jadi terang benderang. ;D
dah lama beno tak singgah pantai lido. masa christmas lepas, tak terpikir pun nak singgah sini. asyik ke JPO je.. heee..
ReplyDeleteUntung dapat melihat kapal layar mewah secara dekat.
ReplyDeletePM dah lama tak pergi ke Johor, bila tengok gambar2 di Danga Bay tuh terasa lak nak pergi terjah...:)
ReplyDeletesy klau turun JB mesti adik bWk g dangan bay nie....ntah nape la ek...hehe...ada nilai komersial kat c2...+ kedai pun bnyk kan....lama dah x trun JB nie....kaki pun cam gatal je...hehe...
ReplyDeletecantik scene di danga bay :)
ReplyDeleteCS? hahaha..saya sendiri dah bertahun tahun kot takgi situ..last pergi masa keja kat hospital Sultanah Aminah!
ReplyDeleteDanga Bay tu mmg best utk melepak..dan utk ambil gambar...;)
sis...cuba la round Puteri Harbour. pun best. area Nusajaya pun cantik2 tau. :)
ReplyDelete
ReplyDeletedanga bay..pantai Lido..lalu lalang jee..jarang singgah..
cantik sungguh pemandangan..teruja melihat laut membiru..
wah menariknyer... happy new year juga ye
ReplyDeleteassalamualaikum nur...wah berjimba di danga bay yer...sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Johor ni kita jer yg tak pergi ke situkan...:)
ReplyDelete