Sila klik link bawah...

Saturday, June 28

Kawal Marah


Oleh NORAINON OTHMAN


PULANG daripada kerja dengan tubuh penat selain menempuh perjalanan sesak, otak pula berselirat dengan banyak perkara yang harus dibereskan dalam waktu suntuk serta pelbagai tekanan persekitaran.Hajat hati ingin menenangkan diri di rumah, tetapi anak pula buat perangai hingga membuatkan ibu atau bapa hilang sabar.

Darah mudah menyirap apabila melihat kenakalan anak yang berkelahi sebab perkara kecil seperti berebut barang atau ejek-mengejek. Marah adalah perasaan normal yang dialami setiap manusia. Apabila kemarahan memuncak dan tidak dapat dibendung, akhirnya anak dipukul bukan saja sebagai hukuman atas kenakalannya, tetapi juga untuk melepaskan tekanan perasaan terhadap perkara lain.Menjadi ibu bapa bukan mudah.

Sebagai manusia yang tidak lepas daripada kesilapan, pasti ada tindak-tanduk yang tidak sepatutnya kita lakukan tetapi berlaku di luar kemampuan kita untuk mengawalnya, misalnya memukul atau menyakiti anak.Ketika anak ‘buat perangai’, kita pula dikuasai syaitan dan berasa puas jika dapat melepaskan kemarahan, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya memburukkan keadaan dan mungkin boleh dikategorikan sebagai penderaan.

Jika dalam keadaan marah atau geram, elak melepaskan tekanan kepada anak. Anda mungkin marah kerana anak memecahkan perhiasan mahal, menconteng dinding atau menggunting pakaiannya lantaran keinginannya mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu yang diminatinya.

Gunakan kebijaksanaan menangani perkara yang tidak anda sukai dengan pendekatan yang boleh membantu perkembangan anak.Misalnya, jika dia asyik menconteng dinding, belikan buku lukisan dan pensil warna supaya anak boleh ‘berkarya’. Jika dia sibuk mahu membelek barangan mudah pecah, letak di tempat tinggi atau sembunyikan terus daripada pandangannya dan hanya dikeluarkan apabila usianya meningkat.Kebanyakan anak yang mula mengenali benda tajam akan seronok jika dapat menggunakannya serta melihat kesannya. Gunting, misalnya tidak mustahil digunakan untuk menggunting kertas, buku, alas meja, kocek baju, rambut atau keningnya. Selain menyorokkan benda tajam sehingga anak tahu kegunaan dan manfaatnya, anak kecil boleh ditunjukkan bahaya jika cuai menggunakan barangan itu, misalnya luka yang berdarah atau kerosakan yang berlaku hasil eksperimen anak terhadap fabrik, iaitu barangan itu tidak boleh digunakan lagi.
Berikut antara langkah mengawal kemarahan.

· Mengingati Allah, duduk dan menenangkan diri.
· Menarik nafas perlahan-lahan dan kira hingga 10 atau lebih jika perlu.
· Mengambil wuduk kerana air wuduk dapat menenangkan jiwa yang marah.
· Tenangkan fikiran atau fikirkan sesuatu yang indah atau menggembirakan.
· Hubungi dan berbual dengan rakan atau keluarga mengenai masalah yang dihadapi.
· Ambil bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar.
· Lihat album lama sambil mengingati peristiwa manis.
· Bersenam dan mendengar muzik ringan.
· Bawa anak bersiar-siar.

source: mymetro

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...