Sila klik link bawah...

Wednesday, June 11

Resepi Perkahwinan Bahagia

Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita

1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara

1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan

4 cawan rasa tanggungjawab

3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)

2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda

2 cawan pati kemanusiaan

2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan

1 cawan rasa kepuasan

1 cawan budi bahasa

1 cawan perasaan timbang rasa

1 cawan tolak ansur, toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua-dua belah pihak

2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu

1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi

2 orang anak kecil sekurang-kurangnya

4 camca penuh pengucapan "Maafkan daku" (ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami isteri)

Secubit campurtangan mentua

Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian


Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan serta kejujuran.

3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Sumber : http://isuhangat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...