Sila klik link bawah...

Wednesday, July 23

Doa Taubat Nabi Adam

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang kusembunyikan dan kuterangkan. Maka terimalah kemaafan daripadaku, terimalah keampunan daripadaku ini, terimalah taubat daripadaku. Engkau Maha Mengetahui tentang hajatku, maka kabulkanlah segala permintaanku ini, Engkau Maha Mengetahui tentang apa yang terkandung dalam jiwa dan ragaku, maka ampunilah dosa-dosaku.


Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon daripadaMu iman yang menusuk ke dalam hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu tidak berlaku sesuatu ke atasku, kecuali apa yang ditakdirkanMu buatku serta keredhaan dengan qada’.


*Catatan :

Allah mewahyukan kepada Nabi Adam.
“Wahai Adam, engkau telah berdoa kepada-Ku dengan doa yang Aku kabulkan, jika salah seorang zuriatmu berdoa dengan doa tersebut, nescaya Aku hilangkan kedukaan dan kekeruhannya, Aku akan melindunginya, Aku akan menguntungkannya satu perniagaan selepas satu perniagaan dan Aku memberikan dunia* walaupun ia tidak menghendakinya”
***“Dunia” yang dimaksudkan ialah keredhaan Allah S.W.T.***



Dipetik daripada ceramah “Petua Menghadapi Godaan Syaitan” yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Source : http://hembusan.blogspot.com/2004_09_01_archive.html

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...