Seorang WANITA umpama sekuntum bunga di taman,
segar mewangi di pelosok dunia,
setulus kasih sesuci embun.
Lembut WANITA kerana tutur katanya,
patuh WANITA kerana setianya,
cekal WANITA kerana beraninya,
sabar WANITA kerana imannya,
kasih WANITA kerana belaiannya,
lemah WANITA kerana air matanya,
ikhlas WANITA kerana simpatinya,
dendam WANITA kerana cemburunya,
sayang WANITA kerana sifat keibuannya,
dan...tanpa WANITA lelaki lemah
kerana WANITA lelaki kalah..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D