Sila klik link bawah...

Monday, January 5

Kematian Yang Tidak Disangka-sangka






Hari ini merupakan hari yang sangat menyedihkan buat Nur & suami....

Jane yg telah menjadi kucing peliharaan kami semenjak 10 Jun 2007 (pemberian kawan suami dari Melaka) telah menemui ajalnya. Kematian yang tidak disangka2 ini memang amat memeranjatkan kerana Jane yg tidak bernyawa lagi telah ditemui terbaring di luar rumah kami.
Rupa2nya tanpa kami disedari, Jane telah menyelinap keluar melalui tingkap bilik air dan berkemungkinan besar telah dilanggar oleh kenderaan berdasarkan darah yang ada dibadannya.... :(
Malam sebelum kematian Jane, suami Nur sempat menjenguk keadaan kucing2 peliharaan kami.. Namun, kami redha.... Tuhan lebih menyayanginya... Nur dan suami cuba menerima suratan yang telah tertulis.... Pada sesiapa yg pernah memelihara haiwan peliharaan tentu tahu perasaan kami sekarang ini...

Jane ada meninggalkan anak2 sebanyak 4 ekor apabila mengawan dgn Toby... 2 ekor daripadanya masih ada dlm peliharaan Nur iaitu... Tomel dan Tom. Manakala 2 ekor lagi (Kopi dan Stokin) kami beri pada 2 org akak ipar Nur di KL.

Sepanjang hari ni apabila terpandang kelibat dan keletah nakal seekor daripada anak Jane yg kami gelar "Tomel" ... kami akan terkenangkan Jane... Tomel bakal jadi pengubat rindu kami dengan ibunya. Bulu yg ada dibadan Tomel... saling tak tumpah seperti ibunya yang sangat cute dan manja.
Kenangan bersama kucing kesayangan kami ni iaitu Jane sentiasa akan terpahat dalam ingatan Nur dan suami...


1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...