Myspace Glitter Graphics, Back To School Glitter Graphics
Apabila menjelang tahun baru, sudah tentulah ramai di kalangan ibu bapa yg tak menang tangan untuk menguruskan hal persekolahan anak2 di sesi persekolahan baru.... Bermula dengan hari pendaftaran, pembelian buku, bayaran yuran2 sekolah dan macam2 hal lagi...
Kepada semua guru... Nur ucapkan "Selamat Mengajar"... Didiklah anak bangsa dengan hati yang ikhlas.
Tak lupa juga buat semua ibu bapa, janganlah hanya melepaskan tanggungjawab untuk mendidik anak2 anda kepada guru sahaja. Anak2 yang sedang membesar perlukan perhatian dan kasih sayang daripada anda. Justeru laksanakan amanah yang Allah berikan kepada anda dengan sebaik mungkin.
Seperkara lagi, kalian seharusnya bersyukur kerana tidak semua pasangan yang telah berkahwin dikurniakan cahaya mata walaupun mereka sangat menginginkan kehadiran seorang 'zuriat' yang akan menjadi penyeri hidup mereka.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D