Sila klik link bawah...

Monday, April 20

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...

1) Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

2) Binatang apa yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang - cuba kira berapa black belt dia ada.

3) Siapa yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

4) Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ada tulis 'TARIK'

5) Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki....siapakah saya?
Answer: Pembohong...

6) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

7) Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

8) Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknya si katak

9) Kenapa lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

10) Apa beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

11) Apa persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

12) Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

13) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, apa bendanya?
Answer: Tahi hidung

14) Apa persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

15) Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa ...gila apa...

16) Gajah terbang dengan apa?
Answer: Dengan susah payah......

Sumber : Fwd emel


2 comments:

  1. To en Gua.. You happy, saya pun happy.. :D Ceria2kan hidup anda ok...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...