Sila klik link bawah...

Saturday, May 16

(Awas) Isu Semasa Yang Hangat...



Selesema babi (swine flu) atau sekarang disebut sebagai influenza A (H1N1) telah disahkan sudah merebak kat Malaysia. Mangsanya seorang pelajar yang baru balik dari US pada 13 Mei, mengalami tanda-tanda influenza pada 14 Mei dan terus dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang hari yang sama.

Hari ni, 16 Mei kes kedua H1N1 disahkan influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang dikesan semalam.

Kes kedua itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pagi ini dan mangsa berada di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat mengumumkan mengenainya di sini hari ini. - Sumber ini dipetik daripada Utusan Online

Kementerian Kesihatan menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.


Info Wabak Influenza A (H1N1)

Bermula 30 April 2009 pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi. Tahap amaran wabak masih pada fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan.

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my

Untuk makluman lanjut boleh klik link ini


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...