Sila klik link bawah...

Sunday, August 16

Perginya Permata Nasyid Negara... Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri



Gambar ini merupakan salah satu gambar di dalam blog Allahyarham : http://asrirabbani.blogspot.com/




Perginya takkan kembali lagi..

Kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, 40 (teraju utama Kumpulan Rabbani) pada 13 Ogos 2009 yang lalu. Sesungguhnya kita telah kehilangan sebutir permata nasyid berharga negara dengan bakat seni dan anugerah suara serta kekuatan dakwah di dalam karya seni Allahyarham yang dikurniakan Allah padanya. Namun, itulah janji Allah, setiap yang hidup, pasti akan merasai mati.

Al-Fatihah..

Buat keluarga Ustaz Asri..
Salam takziah diucapkan di atas pemergian Allahyarham.. Moga tabah dan sabar dalam menempuh cabaran dan ujian dariNya.

Moga Allah menempatkan Allahyarham bersama para syuhada' dan dikurniakan balasan syurga...AMIN.

Buat permata hati Allahyarham..


Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.


Moga kalian membesar menjadi insan berguna dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Buat ahli kumpulan Rabbani..

Teruskan perjuangan kalian dalam dakwah walaupun tanpa kehadiran Allahyarham. Kami tetap akan menyokong anda.


Doaku..

“Ya Allah, letakkanlah hamba Mu ini bersama para syuhada' dan kurniakanlah beliau syurga yang ENGKAU janjikan untuknya...AMIN”

Syahdu bila mendengar kembali kelunakan suara Arwah dan seakan terngiang-ngiang di telinga, nasyid dendangan Allahyarham iaitu “PERGI TAK KEMBALI”.




PERGI TAK KEMBALI – Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani)


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'

Untuk berita lanjut sila klik sini .

Blog adik ipar Allahyarham : http://abuhannan08.blogspot.com/

dan teman Allahyarham : http://silakanterpesona.blogspot.com/

Video : Pergi tak Kembali





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...