Sila klik link bawah...

Saturday, December 26

Hobiku suatu masa dulu...

Setem Negara Denmark - digunakan pada tahun 1995

Salam buat semua...
Masa tengah kemas2 buku di rumah, terjumpa deretan album setem Nur masa zaman sek dulu. Nur berkongsi minat yg sama dengan Abah.. Banyak daripada koleksi setem Nur merupakan koleksi Abah dari zaman mudanya seawal tahun 1955... Masa Nur berada di sek rendah dalam darjah 5, Nur dah mula mengumpul setem ni. Sekarang ni dah pun ada 3 album.


Terfikir sejenak, masih adakah golongan muda yang ada hobi mengumpul setem ni??

Hmmm.. Kalau ada yang berminat tentang setem2 koleksi Nur.. boleh tinggalkan pesan pada chatbox. Kalau ada masa nanti Nur akan paparkan antara setem2 lama yg pernah dikeluarkan sejak tahun 1950-an. Saje nak berkongsi dengan teman2.. kot2 ada yg mempunyai hobi yang sama dgn Nur..


Kepada peminat setem, anda boleh klik sini .

Nur juga minat mengumpul key-chain & bear yg cute2 ... hehehe..


2 comments:

  1. Nur, kakchik dulu masa kecik juga suka kumpul setem. Baru-baru ni masa mengemas almari lama kat bilik bibik, terjumpalah semula album setem yang dah berusia puluhan tahun. Alhamdulillah semua setem di dalamnya masih elok tersusun. Banyak setem luar negara sebab masa tu abg long dan abg ngah belajar kat US dan Australia lepas tu kakchik sertai kelab penpal. Org kata setem bila dah jadi antik nilainya mahal tapi ada ke pengumpul2 setem yg sudi menjual?

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Chik, Nur pun ada dengar macam tu. Makin lama setem tu, makin tinggi harganya.. Pada zaman sek, abang Nur ada belajar di UK. Dia pun minat mengumpul setem ni..

    Nur planning nak susun ikut tahun.. tapi tak buat2.. asyik bertangguh je.. Suka bila dpt tahu Kak Chik pun kongsi minat yg sama dgn Nur.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...