Sempena Hari Guru yang lepas, Nur telah menerima hadiah yang tidak dijangka daripada suami tercinta. Suami Nur telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit, sebuah laptop & kamera baru buat Nur. Allah sahaja yang tahu betapa terharu dan gembiranya Nur di atas pemberian hadiah-hadiah yang cukup bermakna buat diri Nur. Tiada kata yang dapat Nur ucapkan, atas apa yang telah suami Nur buat untuk menggembirakan Nur. Nur bersyukur sangat kerana mendapat suami yang penyayang dan sentiasa tak lekang daripada hadiah2 di luar jangkaan.
Buat Abang, andai Abang membaca coretan ini... Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyayangi diri ini dan Ayang doakan semoga Allah mempermudahkan segala apa yang Abang lakukan. Semoga kita berdua mengecap kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga.
Titipan Doa buat Abang,
Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemuliaan wajahMu dan ketinggian kemuliaanMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Terima kasih atas pemberian hadiah yang sungguh bermakna buat diri ini...
pemberian suami tu walaupun kadang-kadang biasa je cukup untuk buatkan kita rasa terharu kan?
ReplyDeleteBetul tu kak. Sungguh terharu atas pemberian suami tercinta.. Hanya Allah yg tahu perasaan waktu itu..
ReplyDelete