Sila klik link bawah...

Sunday, August 15

Kem Eksplorasi Anak Soleh Ramadhan 2010

Salam Ramadhan buat semua..
Syukur Alhamdulillah, Nur telah selamat menjalankan tugas selama 2 hari berturut-turut di dalam "Kem Eksplorasi Anak Soleh Ramadhan" anjuran Pusat Islam UTM Skudai dengan kerjasama sekolah Nur.

Seramai 124 orang pelajar Islam telah turut serta dalam kem ini yang memerlukan mereka bermalam di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai. Penganjuran kem selama 2 hari 1 malam ini dipenuhi dengan slot tazkirah, LDK, ceramah, aktiviti berbentuk fizikal dan motivasi kepada para pelajar.

Semoga pelajar-pelajar yang menghadiri kem ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka pada kedua-dua ibu bapa tercinta dengan lebih bersemangat dan cemerlang dari segi sahsiah.


Kem Eksplorasi Anak Soleh Ramadhan ( 14 & 15 Ogos 2010)

Dr Hj Mohd Ismail menyampaikan Slot Jana Minda 3 : Menjadi Anak Soleh.


Profil Dr Hj Mohd Ismail yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, Skudai.


Ustazah Naemah dalam Slot Jana Minda 1 : Anak Soleh (Harapan Ibu Bapa dan Cita-cita)


Bergambar kenangan bersama anak muridku, Lisdah di hadapan Masjid Sultan Ismail, UTM.

Di sini Nur ingin berkongsi, klip video yang menjadi lagu nasyid tema sepanjang 2 hari penganjuraan kem ini.

Hayatilah bait liriknya yang merupakan doa kita pada kedua-dua ibu bapa kita. Semoga kita senantiasa mendoakan sejahteraan untuk mereka dan berusaha untuk membahagiakan mereka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...