Sila klik link bawah...

Thursday, September 23

Kenangan Raya 2010

Glitter Words


Salam buat semua.. Hari ni Nur nak bercerita tentang kenangan raya tahun ni. Pada raya ketiga, kami adik beradik berpakat untuk mengadakan acara BBQ memandangkan kesemua adik-beradik berkumpul di kampung setelah balik beraya di rumah mertua masing-masing pada Hari Pertama & Kedua.

Chef pada malam tu ialah abang Nur yang sulung, kami panggil Abang Ngah.


Ni gambar kepak ayam yg digril.. 50 ketul habis dalam satu malam.. percaya tak? hehe



Udang pun ada jugak..


Ayam BBQ yang telah sedia untuk dimakan...



Sosej bakar pun ada..




Aksi-aksi anak-anak saudara Nur yang jadi tukang kipas dan jaga ayam yang digril.. Yang sebelah kiri tu.. Uddin, tengah tu Nabil dan sebelah kanan tu Iky.



Uddin berbaju biru ni merupakan cucu lelaki sulung. Dia baru je selesai menduduki peperiksaan UPSR. Uddin bergambar bersama sepupunya, Iky. Ni geng gaduh dia..


Masing-masing berebut-rebut nak kipas ayam... dari kiri, Zameel, Nabil, Zaffry, Iky, Uddin & Naqiu (@ si rongak..). Uddin & Naqiu adik -beradik, anak kepada kakak Nur yang no.2.


4 orang ni merupakan anak-anak abang Nur yang no. 2.. Mereka ni susah sangat kalau nak suruh makan nasi. Tapi kalau meratah ayam & kentang goreng, no. 1. Tengokkan bekas kentang goreng tu... licin mereka kerjakan.
Dari kiri, Zahra, Iky, Zameel & Zaffry.


Ni pulak.. nama dia Humaira.. Nampak lembut tapi sangat lasak dan sangat manja dengan ayahnya. Malam ni dia bad mood sikit.. Orang sibuk2 kat luar, dia boleh tengok CD Mickey Mouse dengan ibunya.. (Peminat fanatik Mockey Mouse ni). Humaira merupakan anak abang Nur yg ke-3, bakal dapat adik bulan November nanti.



Ni pula, Nabil namanya.. Dia ada adik perempuan, namanya Nazmin. Anak kepada adik Nur yg bongsu. Dalam ramai2 anak sedara, dialah yang paling becok.. Bercakap je tak berhenti.. Sibuk nak main bunga api la tu..



Glitter Words




Nur suka sangat pic ni.. Nilah antara anak saudara Nur. Ramaikan.. (ada 2 orang yang tiada dalam gambar, Najwa & Zarith).
Riuh-rendah dibuatnya rumah mak Nur di kg..
Rasanya itu saje untuk kali.. kalau Nur rajin Nur akan post lagi...
Sekian... selamat berhujung minggu... :)
.
.
.
.
To be continued....



4 comments:

  1. Salam Nur.

    Seronoknya berBBQ semasa raya. Kakchik terliur tengok kepak-kepak ayam tu. Harus menjilat jari kalau dapat makan.

    Nur, kakchik nak bagitau buku Syamail Muhammad dah ada. Kakchik ada tulis entri khas pasal buku tu sebentar tadi.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    wah seronoknye dapat berkumpul ramai2 dan berBBQ pulak.

    menu betul2 nmpk menyelerakan...ayam tu mcm duk panggil2..ehehe

    ReplyDelete
  3. Wslm... Maaf ye sebab buat Kak Chik terliur.. Memang sekejap je dah habis.. semuanya makan sampai licin pinggan.

    Nur dah baca blog Kak Chik.. Tak sabar nak baca buku tu.. Terima kasih sebab bersusah payah tolong Nur cari buku tu... I really appreciate your help. Rajin2 makan ubat ye..

    ReplyDelete
  4. Wslm.. Thanks Kak Yan sebab sudi datang blog Nur. Memang seronok dpt berkumpul dgn semua adik beradik. Memang happening malam hari raya ke-3 tu. Budak2 kecik tu semua tak reti duduk diam.. Ada yg dok mintak nak main bunga api walaupun dah abis..

    Ayam BBQ tu memang sedap sangat kak.. Nanti Nur kongsikan resepinya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...