Sila klik link bawah...

Wednesday, October 6

Buku "Syamail Muhammad S.A.W" dah pun sampai.. Terima kasih Kak Chik.

Salam buat semua.
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Musim peperiksaan dah pun tiba. Semalam, pelajar-pelajar di Ting. 3 telahpun mula menduduki peperiksaan PMR. Esok pula akan berlangsungnya peperiksaan PMR untuk subjek Sains. Semoga semua pelajar yang mengambil Peperiksaan PMR pada tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang dan dapat menjawab dengan baik.

Pada hujung minggu lepas, Nur memenuhi undangan rumah terbuka Hari Raya teman-teman sekerja. Masing-masing menggunakan kesempatan bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari untuk merapatkan silaturrahim antara kami dengan mengadakan jamuan rumah terbuka. Seronok rasanya dapat berkumpul dan beramah mesra dengan teman-teman sekerja dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.

Pada hari semalam juga Nur telah menerima bungkusan Pos Laju berupa buku "Syamail Muhammad S.A.W." yang Nur tempah dengan teman siber Nur di Kota Bahru iaitu Kak Chik. Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi buku-buku ilmiah bolehlah berkunjung ke blog kedai bukunya iaitu Mari Baca.

"Terima kasih banyak ye Kak Chik kerana bersusah payah carikan buku ni untuk Nur. Moga Allah membalas jasa baik Kak Chik. I really appreciate your help!"

Powered by BannerFans.com








Kulit depan buku.




2 comments:

  1. salam..
    boleh saya tau berapa harga beli online?

    ReplyDelete
  2. Wslm.. En Din, saya beli buku tu dgn harga RM50. (RM45 ialah harga buku & RM5 ialah utk wang pos)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...