Sila klik link bawah...

Sunday, October 24

Terselamat daripada Kemalangan...


Kredit picture to James Chow.com
Salam buat semua..
Bulan Oktober 2010 memang memberi kesan yang cukup mendalam buat kita dengan berita kemalangan ngeri.
Nur turut ditimpa musibah pada hari semalam, namun amat bersyukur kepada Allah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai pada malam semalam (23 Oktober 2010). 4 buah kereta telah terlibat dan Nur salah seorang daripadanya. Kerosakan yang dialami agak teruk (seperti gambar di atas) kerana kereta Nur telah terlanggar kereta hadapan yang berhenti secara tiba-tiba dan dilanggar pula daripada bahagian belakang. Keadaan jalan yang licin memburukkan lagi keadaan.

Pengajaran untuk Nur, MESTI jarakkan kenderaan ketika memandu ketika hujan lebat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sehingga pagi ni, perasaan terkejut masih belum hilang dan seakan fobia untuk membawa kenderaan ketika waktu malam.

Doakan Nur boleh lalui semua ujian Allah ni dengan tenang dan sabar..
Diharap kejadian yang sama ini tidak akan berulang lagi..

3 comments:

  1. salam Nur..
    Inna lillah..
    alhamdullilah.. nur selamat

    itulah.. sentiasa memandu dalam keadaan jarak kereta sedikit jauh
    dari kereta belakang..
    tidak kira hujan atau cuaca biasa

    aku selalu memandu jaran yang agak jauh..
    jika lori di hadapan atau di sebelah
    cuba lepaskan lori2 tersebut..
    jika kereta dihadapan agak nampak pelik nak masuk line kita
    cuba high light..
    biar mereka sedar..

    tu jer sedikit tip dari aku..
    selamat semuanya dan yang penting
    doa naik kenderaan...

    ReplyDelete
  2. salam nur ....laa ya ke nur, k.zanie tmpg simpati,sabar ya nur..mase kejadian tu kt tpt k.zanie jerubu tebal tau,I HOPE U tabahkan hati N kuatkan semangat ya nur ....1 lgi k.zanie bru bce email dri nur, tengkiu nur...
    slm cyg dri k.zanie

    ReplyDelete
  3. Wslm.

    Buat Kak Nur Misnan,
    Terima kasih atas nasihat kak Nur. Insya-Allah lepas ni Nur ambil iktibar dari musibah yg terjadi tempoh hari.

    Buat Kak Zanie,
    Terima kasih banyak Kak Zanie. Syukurlah Nur tak cedera pun dan pihak polis dah putuskan bukan salah Nur. Kereta ke-4 yang kena saman. Lepas ni kena lebih berhati2 ketika memandu di waktu hujan.

    Tentang emel tu.. Nur pun dah tak ingat kak.. Rasanya forward emel kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...