Sila klik link bawah...

Saturday, November 20

Selamat Bercuti..

Salam buat semua..
Akhirnya tibalah saat yang ditunggu, musim cuti persekolahan dah pun tiba.


Untuk pengetahuan semua tak semua guru boleh terus bercuti panjang, ada tugas-tugas lain yang perlu mereka galas seperti bertugas di sekolah masing-masing pada waktu peperiksaan, mengadakan kelas2 tambahan, menjadi pengawas peperiksaan SPM dan menjadi penanda kertas SPM yang akan berakhir hujung bulan Disember nanti.

23 Disember 2010 nanti Peperiksaan SPM akan bermula dan besar harapan kami guru-guru agar semua anak didik kami dapat menjawab dengan baik dan tenang.. Mudah-mudahan anda semua akan dapat "mencipta sejarah" buat diri sendiri dan juga untuk ibu bapa yang anda kasihi.. Amin.

Selamat bercuti juga Nur ucapkan buat teman2 blogger yang bergelar cikgu..
Cik Dya (Tahniah kerana dapat bertukar ke Kuala Terengganu), Dahlia (Tahniah juga kerana telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2? pada 18 November yang lepas), Kak Dzana, Kak Salsuria, Kak Sonata, Kak Isza, Kak Ultramama (lama tak dengar berita dari akak..), Kak Ummi Rosma (Brunei), Kak Hazlin, Cik Laili, dan Cikgu Naman (maaf jika ada yang namanya tertinggal). Pada teman2 yang bercadang untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Sekian, wassalam.

5 comments:

  1. selamat bercuti.. jom rehat2kan minda.. :)

    ReplyDelete
  2. salam Nur
    selamat beruti cikgu cikgi
    wish u all rehat2kan lah minda
    tenangkan jiwa...

    ada ker cikgu cikgi bercuti mahu bernikah??
    Alhamdullilah.. Amin semoga kekal hingga ke Syurga

    ReplyDelete
  3. pesan pentadbir,

    ''cikgu, cuti untuk murid² saja ye!''

    hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...