Sila klik link bawah...

Monday, December 27

Penangan ubi rebus & sambal tumis...


Salam buat semua,
Hujung minggu ni Nur habiskan cuti hujung minggu di kampung halaman di Kluang. Sebelum pulang ke JB, kami sempat menjamu selera minum petang dengan menu kegemaran ramai.. ubi rebus dicicah bersama sambal tumis. Ubi ni pemberian makcik Nur yang baru pulang dari kampung suaminya di Kahang. Lama benar tak merasa makan ubi.. memang sedap sangat.

Perjalanan Nur dari Kluang ke JB mengambil masa hampir 3 jam dek kesesakan lalu lintas yang teruk, terutama sekali di Plaza Tol Skudai.. Jam 10 malam, barulah Nur sampai di rumah setelah menghantar ayah dan ibu Nur di rumah abang untuk pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar di HSA pada hari Selasa nanti. Anak saudara Nur juga turut sama datang menemankan atok dan neneknya sekali..

Jam 8.30am nanti Nur dan teman2 sekerja akan memulakan tugas kami pada sesi persekolahan baru tahun 2011. Bermulalah mesyuarat2 pengurusan dan kurikulum sepanjang minggu ini sehingga 1 Januari 2011..

Selamat bertugas untuk semua rakan blogger yang bergelar guru.. terutama sekali Kak Sal, Kak Isza, Cik Dya, Kak Sonata, Kak Dzana, Cikgu Naman, Dahlia, Kak UmmiRosma, Kak Hazlin, dll (maaf andai ada yang tertinggal..)

Semoga tahun baru 2011 memberi keazaman baru untuk lebih bersemangat meneruskan tugas mendidik anak bangsa.

Nur mohon diri dulu.. Selamat malam untuk semua..

2 comments:

  1. assalamualaiakum Nur..
    1.erharu baca kata2 ucapan perangsang tuh..syukran,ianya menjadi pembakar semangat nak keja pagi ni...huhu..
    2. Sedapnya ubi kayu tuh..cecah pulak ngan sambal tumis..melihat pic, membayngkn aromanya..

    ReplyDelete
  2. Wslm Kak Sal,
    Sama2 kak.. Moga kita sama2 bersemangat memulakan kerja pada sesi persekolahan baru.. Pasal ubi tu, memang kak.. Kalau dah lama tak makan memang mengidam..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...