Sila klik link bawah...

Tuesday, December 14

Syukur Alhamdulillah... berjaya ke Peringkat Negeri..




Salam buat semua,
6 Disember lepas memberi kenangan yang cukup bermakna buat Nur dan teman sejawat kerana telah mewakili sekolah dalam satu pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah. Penyampaian Nur semasa pembentangan tempoh hari tidak berapa lancar. Ini mungkin pengalaman pertama membentangkan hasil kerja di hadapan khalayak yang terdiri daripada pegawai2 di PPD. Syukur kehadrat Ilahi kerana Nur telah terpilih untuk memenangi tempat ketiga peringkat Daerah JB manakala teman sejawat Nur pula telah dinobatkan sebagai johan. Gembira yang tidak terhingga.. hanya Allah yang tahu.

Pertama sekali, Nur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat suami Nur atas sokongan yang tak berbelah bagi. Tak lupa juga buat keluarga, teman2 sekolah dan teman2 sejawat atas dorongan, sokongan, doa dan ucapan tahniah yang Nur terima di Facebook. Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk Nur meneruskan usaha selagi terdaya dan memperbaiki kelemahan yang ada .. Nur sangat menghargai sokongan anda semua.

Untuk pengetahuan semua, pada petang tadi Nur dan teman (Kak Ja) telah melunaskan tanggungjawab kami untuk menyerahkan tugasan yang diamanahkan untuk ke Peringkat Negeri pula. Kali ini, pembentangan kami akan diwakili oleh salah seorang pegawai PPD sendiri. Penilaian akan berlangsung pada hari esok. Alhamdulillah, kesemua tugas dan paperwork telah kami serahkan. Doakan kami ye..

Pada semua teman-teman yang singgah ke blog ni, terima kasih Nur ucapkan. Follower blog Nur semakin hari semakin bertambah.. Jumlah pada hari ni seramai 123 orang.. (cantik jumlah ni kan..) Sekalung penghargaan buat semua yang sudi menjadi "follower" blog yang tak seberapa ni. Selalulah singgah ke blog ni ye.. Insya-Allah Nur akan membalas kunjungan dan komen anda semua. Tak banyak yang dapat Nur kongsikan di sini. Buat semua teman-teman blogger yang baru Nur kenali.. salam perkenalan dari Nur. Sekian, wassalam.

2 comments:

  1. Buat Cik Tom,
    Terima kasih Cik Tom.. biasa2 je.. takde la hebat mana pun.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...