Salam buat semua,
Lama benar Nur menyepi.. Banyak sangat perkara yang perlu dibereskan sampaikan tak sempat untuk update blog sendiri.
Pada hari semalam, buat pertama kalinya rumah Hijau @ Hussein Onn menjalani latihan sukan bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang. Ramai juga yang hadir dan cuaca memang betul2 panas terik. Habis sahaja aktiviti, masing2 berebut mencari air dek kerana kehausan.
Kalau tahun lepas, Nur menjadi guru pasukan rumah Kuning. Tahun 2011, Nur ditugaskan untuk menjadi guru penasihat Rumah Hijau pula. Rombakan dibuat kerana bilangan pelajar sekolah Nur yang semakin bertambah.
Jom kita tengok gelagat anak2 murid Nur sewaktu menjalani latihan pada hari semalam..
Mula2 mestilah sesi pemanasan badan..
Cuba teka yg manakah bayang2 Nur?... (Siapa yg yg dapat jawab memang terror..)
Nur dan Kak Zarina sempat berposing dengan payung masing2.. hehe
Acara latihan lari sejauh 200m bermula.. Panas betul cuaca masa ni.. Macam udang kena bakar rasanya...phewhhh...
Adik comel ni anak pada Kak Puteri (teman sekerja Nur). Comel tak saya??
Adik comel (baju pink) turut sama lari dengan kakak2 rumah Hijau...
Walaupun panas, masing2 bersemangat habiskan larian masing2...
Water... water... we need water... :)
Masing2 menyerbu kotak air minuman sebaik sahaja tamat sesi lari 200m.
Rumah Hijau memang best.. siap sediakan air utk semua ahlinya..
Indahnya pemandangan waktu petang.. (diambil dari tengah padang SKDS)
Tibalah giliran nak melompat pula...
Perghh abang rumah hijau ni.. tak lepas la pulak..
Sempat posing waktu latihan lompat jauh.. (Bukti cuaca yg panas terik.. Silau semacam je..)
Come on kak.. you can do it!!...
Cantiknyer sekolah nur. Latihan olahraga sekolah akak mula petang esok..
ReplyDeleteSalam Nur,
ReplyDeleteMana-mana sekolah sekarang dah mula latihan sukan. Anak kakak pun sama. Muka sampai lebam... panas.
Selamt menjalankan tugas...
Buat Whitecappuccino,
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian.. Latihan dah mula sejak minggu kedua sekolah.
Buat Kak Zakie,
Wslm kak. Cuaca sekarang memang tak menentu.. Kalau di JB, kerap hujan lebat & kadang2 je cuaca memang panas terik. Terima kasih kak atas ucapan tu..