Sila klik link bawah...

Saturday, January 29

Selamat Bercuti... :)

Salam..
Apa khabar semua? Cuti sekolah dah pun bermula... Buat masa ni, Nur masih belum merancang untuk ke mana-mana lagi. Sekejap sahaja masa berlalu, tinggal 3 hari sahaja lagi bulan Februari bakal menjelang tiba. Beberapa orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sekolah Nur bakal melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan Sekolah Teknik. Rata-rata yang menerima tawaran merupakan pelajar yang memperoleh straight A's dalam peperiksaan PMR 2010. Walaupun Nur tak mengajar mereka, tapi Nur turut merasa sedih di atas pemergian mereka. Hari Jumaat lepas, beberapa orang guru kelas Tingkatan 3 telah menerima cenderahati daripada pelajar-pelajar ini. Pandai mereka mengambil hati guru-guru mereka, dan mereka turut bersalaman memohon restu sebelum mendaftarkan diri di sekolah baru pada 7 Februari nanti. Mudah-mudahan mereka akan meneruskan kecemerlangan di sekolah yang baru. Doa dari guru-guru senantiasa mengiringi kalian..

Gambar burger ni merupakan menu makan malam Nur pada hari Jumaat lepas.. Sesekali teringin pula nak makan burger special..


Puding kastard ni pula diberi oleh Abang Nur pada majlis makan malam pada minggu lepas.. Sedap betul dapat menikmatinya sejuk2..


Mouse wireless yang Nur gunakan dah pun rosak.. Tak tahu apa sebabnya... Tak sampai setahun guna.. geram juga sebab harganya mahal tapi hanya dapat guna sekejap sahaja. Terpaksalah beli mouse yang baru.. Kali ni Nur beli mouse yang biasa sahaja. Harap2 tahan lama..


Sekian sahaja untuk kali ni..

Selamat bercuti...

8 comments:

  1. slmt bercuti ye sis...sedap tgk burger tue..

    sori ye skang cik tom jrg on9..tp sentiasa ingt kak nur :)

    ReplyDelete
  2. Buat whitecappuccino,
    Terima kasih.. Selamat bercuti juga utk WC...

    Buat Cik Tom,
    Thanks Cik Tom.. Memang sedap burger special tu.. Takpe Cik Tom, Kak Nur faham Cik Tom tengah berkursus.. Kak Nur pun selalu ingat kat Cik Tom.. take care.

    ReplyDelete
  3. Nur, mouse yg lama gak tahan...lasak lagi....

    desert tu cedap nyer....

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti nur..hujan2 ni , sedap memerap kt umah jee..

    burger tu nampak mengancam..sesekali makan memang laju yaaa..

    ReplyDelete
  5. Buat Kak Rahiza,
    Betul tu kak.. Tak puas guna , dah rosak.. Sedihnya.. :(

    Buat Kak Sal,
    Selamat bercuti juga utk akak.. Tu la, hujan2 ni dok rumah je.. Tengok Astro ehhe... Burger tu dah selamat dah.. hehe

    ReplyDelete
  6. bila tengok burger teringat burger benjo yang tak serupa burger benjo tanpa burger telur.. huhuhu..

    selamat bercuti..
    nak ang pow..
    :)

    ReplyDelete
  7. burger tu buat gua meleleh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...