Sila klik link bawah...

Tuesday, February 1

Jalan-jalan Cuti Sekolah..

Salam.
Apa khabar semua? Nur harap semua pembaca blog Nur sihat hendaknya. Musim banjir dah melanda negeri Johor. Banyak rumah yang telah dinaiki di negeri Johor dan berita pada hari ni kawasan banjir dah pun merebak ke negeri Pahang. Cuaca di JB hanya panas sehingga waktu tengah hari sahaja dan diikuti dengan hujan. Tentu ramai yang menghabiskan masa di rumah sahaja.

Semalam, Nur dan suami menghabiskan masa berdua dengan berjalan2 di kompleks membeli-belah Jaya Jusco Tebrau City. Peluang cuti yang ada kami luangkan masa berdua setelah masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Cuti sekolah masih berbaki 6 hari lagi. Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung. Dengarnya ada kawasan2 rendah di Kluang yang dah pun dinaiki air. Syukurlah rumah ibu dan ayah Nur terletak di kawasan agak tinggi. Kepada semua yang ditimpa musibah, banyak2 bersabar dan berdoa. Tentu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Pada ibu bapa, pantaulah anak2 anda pada waktu banjir ni..

Selamat bercuti untuk semua..






Kami layan karaoke lagu2 lama..





Kasut Crocs dan lipstik pemberian suami tercinta..

~ Thank you my dear..


3 comments:

  1. waa cuti2 sek nie banyak membeli belah yer .. memang seronok .. ermm cantik crocs tuu cute :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya..boleh jln2,pastu dpt hadiah lagik!

    ReplyDelete
  3. Buat Kak Ieda,
    Memang la seronok kak.. Kalau hari kerja susah nak luangkan masa bersama.. Kasut tu simple & cute..

    Buat Wida,
    Memang seronok berjalan dengan orang tersayang.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...