Sila klik link bawah...

Saturday, March 5

Berehat di Hujung Minggu

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Maaf buat semua disebabkan tiada berita terkini yang nak dipaparkan dalam blog ni. Blog Nur sunyi gara2 kesibukan menyiapkan kerja2 menanda kertas Ujian Bulanan 1. Syukurlah kerja2 menanda dah pun selesai.. Keputusan pelajar2 agak memuaskan dan pada pelajar2 yang gagal dalam ujian perlu diambil tindakan. Minggu hadapan bermula sesi klinik dengan pelajar2 yang lemah dalam pelajaran untuk subjek2 terpilih. Semua guru yang mengajar kelas peperiksaan akan terlibat sama. Ada juga khabar2 angin yang mengatakan keputusan SPM 2010 akan keluar pada minggu depan.. Kita tunggu dan lihat... Berdebar juga ni..

Malam nanti Nur bertugas sebagai AJK dalam satu majlis anjuran sekolah di Pulai Spring Resort bersama ibu bapa pelajar. Rakan2 sejawat yang menjadi AJK PIBG dan Jawatankuasa program dijemput sama menikmati makan malam secara percuma.

Terima kasih pada semua yang sudi bertandang di blog Nur ni. Maaf andai terlepas pandang untuk membalas kunjungan anda semua. Nur sangat menghargai sokongan anda semua dan komen2 yang ditinggalkan.
Ada kesempatan Nur akan balas semua kunjungan. Ok, jumpa lagi di lain entri..

Selamat bercuti di hujung minggu..

p/s : Mode : Tersangat rindu pada insan tersayang... "Abang, I really miss you"... Lambatnya nak tunggu minggu depan... huhuhu.. :(



Menu sarapan pagi tadi..

Kentang goreng dengan jalapeno cheese powder & mayonis..
Nur beli dengan seorang rakan Nur di sek.. Mudah caranya cuma bancuh dengan air suam.
Pada yang teringin nak beli, anda boleh beli secara online, Nur ada terjumpa linknnya.. klik di SINI


Jeli kelapa.. Nur beli jeli ni di Pasar Taman Universiti..  Sedap sangat & sungguh menyegarkan..

5 comments:

  1. mcm cheesy wedges kfc pulak..sedapnye..hehehe btw,selamat kenalan =)

    ReplyDelete
  2. hai cikgu nur...selamat berhujung minggu yeaa...maceehhh singgah blog

    ReplyDelete
  3. Yang krim oren dipanggi apa? Selalunya ada dengan burger. Ada yang mengatakan ia tinggi kolestrol

    ReplyDelete
  4. betapa beruntungnya kalau beristerikan isteri yang tertib dalam hidangan, begini.

    fuhh...

    ReplyDelete
  5. Buat Cik Nani,
    Ye, memang rasanya serupa.. Sedap sangat. Salam perkenalan ye..

    Buat Adinda Amy Sensei,
    Hi Amy, terima kasih sebab sudi datang blog Kak Nur.

    Buat akubiomed,
    Krim yang warna oren tu dipanggil jalapeno cheese powder. Memang tinggi kolesterol sebab diperbuat daripada keju.. Makan2 sesekali tak apakan..

    Buat Insan Marhaen,
    Setuju sangat.. Terima kasih ..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...