Salam buat semua,
Hari Isnin lepas, tibalah giliran ahli2 rumah Hijau & Kuning menjalani latihan sukan. Walaupun kehadiran sangat kurang memuaskan, latihan tetap diteruskan juga. Mujurlah cuaca agak redup dan awan mendung muncul sebaik sahaja latihan bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Hari ni badan kurang sihat. Suara dah pun serak dan simptom selesema dah pun melanda. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti2 di sekolah. Cuti hujung minggu nak rehat sepuas-puasnya.. Kalau rajin nanti nak berkongsi gambar ketika Nur membawa anak2 murid ke Demonstrasi Science on Wheels Peringkat Negeri Johor 2011 pada hari Rabu lepas.
Sekian, selamat berhujung minggu buat semua..
Sebelum berlatih kena panaskan badan dulu.
Sekolah Nur yang dah semakin ceria dengan hiasan mural di Anjung Ilmu.
Bergambar bersama rakan2 yg merupakan guru penasihat rumah Hijau. 2 lagi rakan Nur berbangsa Melayu tiada dalam gambar.
Sesi latihan merejam lembing pun bermula.. Nur pun tak lepaskan peluang merejam walaupun balingan ke laut.. hehe..
Ready... 1.. 2.. gooo..
Pelajar lelaki sedang sibuk berlatih.
Setelah selesai latihan merejam, tibalah sesi latihan larian. Cikgu Nik cukup bersungguh2 melatih ahli2 rumah Hijau kerana beliau merupakan bekas atlit olahraga ketika zaman sekolahnya dahulu.
Awan mendung pada petang itu... Syukurlah..kalau tidak tentu kami rentung di tengah padang.. hehe
Cuaca redup ketika latihan..
cantik sekolah nur..kami dah habis sukan.
ReplyDeleteAssalamualaikum my DEAR:)
ReplyDeleteMemang cantik sekolah tu..ceria jee:)
akak ni bab2 koko...lembabbbb jekk..tapi layan gakk laa...!kiranya suam2 kuku gitu..:):)
Alhamdulillah...dah beres sukantaranya!
Buat whitecappucino,
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian.. Wah cepatnya dah selesai sukan.
Buat Kak Kartini,
Waalaikummussalam kak. Terima kasih atas pujian. Sek kami tak mula lagi sukantara.. sukan pun bulan Jun nanti.
Ohh terkenang ketika mengambil bahagian rumah sukan ketika sekolah dahulu.
ReplyDeleteSaya hanya mewakil rumah sukan saya tidak sampai wakil sekolah :-)
Buat Saudara Akubiomed,
ReplyDeleteOk la tu wakil rumah.. Ada juga sumbangan untuk rumah pasukan.