Sila klik link bawah...

Monday, May 9

Coretan Seorang Pendidik

Salam buat semua.
Apa khabar semua? Nur harap semua yg berkunjung ke blog ni sihat2 belaka. Nur nak bercerita sedikit mengenai aktiviti Nur pada Sabtu lepas dan hari ni. Hari Sabtu lepas berlangsungnya Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah. Peserta2 daripada 6 unit beruniform telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Nur bertugas sebagai jurugambar program bersama barisan AJK yg terdiri rakan2 yg memegang jawatan guru penasihat Badan Beruniform yg lain. Cuaca pada tengah hari tersebut begitu menguji iman. Beberapa orang pelajar yg berada dalam barisan telah pitam disebabkan cuaca yg begitu panas terik. Mungkin pakaian mereka terlalu tebal dan kebanyakan daripada mereka tidak mengambil sarapan pagi walaupun telah dinasihatkan oleh guru2 penasihat mereka. Adat pertandingan mesti ada kalah dan menang. Pasukan KRS Perempuan telah menjuarai pertandingan ini dan tempat kedua pula disandang oleh pasukan Kadet Polis manakala St John Ambulan menggondol tempat ketiga. Pelajar2 yg terlibat begitu bersemangat walaupun keadaan cuaca yg cukup menguji diri. Dek kerana sibuk mengambil gambar acara, terlupa nak mengabadikan kenangan bersama rakan2. Mungkin ada gambar Nur pada teman yg turut sama bertugas sebagai jurufoto. Memandangkan pada kamera orang lain dan dia pun mengajar di sesi petang. Tak dapat la nak melihat gambar tu dengan kadar segera.

Petang tadi juga Nur telah mengadakan Kelas Tuisyen Hikmah buat kali yang pertama untuk kelas Sains pelajar2 di Tingkatan 5. Hanya 13 orang sahaja pelajar yg hadir. Kehadiran agak kurang memuaskan mungkin disebabkan penat berkawad pada hari Sabtu.

Hari esok pula akan bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Bermulalah lagi sesi menanda kertas ujian. Soalan untuk mata pelajaran Sains dan Matematik baru je disiapkan. Tapi skema jawapan masih lagi dalam proses untuk disiapkan. Lepas ni kena la ketip kertas soalan pula. Banyak tu... Ada tak sesiapa nak bantu?? hehe

Nur doakan agar semua anak2 didik Nur dapat menjawab soalan dengan baik. Isk tak sabarnya nak bercuti.. Jangan ingat waktu cuti cikgu2 dapat goyang kaki ye. Kami semua perlu menanda kertas transkrip jawapan pelajar dan masa yg ada cuma 2 minggu sahaja. Bayangkan kalau seorang guru memegang 5 kelas seperti diriku.. tak terkira banyaknya kertas jawapan yg perlu ditanda. Namun, diriku puas kerana sememangnya kerjaya ini sebati dengan diriku.

Panjang pula entri kali.. Hari ni mood agak rajin walaupun kerja2 sekolah menggunung... Lepas ni nak tanda buku pula. Ok jumpa lagi di lain entri. Selamat malam semua.

Pasukan2 beruniform yang terlibat.

Waktu check barisan.

AJK Pertandingan yg sibuk dengan tugas masing2.. Lihat tu ada pelajar yg nak pitam. Pucat lesi muka.. :(


Kem Komander dari pasukan beruniform yg bertanding. Ketua Platun Terbaik dimenangi oleh Nur Farahin Samsudin (dari pasukan KRS). Pelajar harapan A+ untuk subjek yg Nur ajar iaitu Sains.
Tahniah Farahin!!!


Sesi penyampaian hadiah di Anjung Ilmu.

Kelas Tuisyen Hikmah Sains SPM di bilik PPSMI.. Tekun sungguh mereka ni mengulangkaji pelajaran..

Sampai tertunduk2 muka.. malu agaknya tu..

Tahniah di atas kehadiran anda walaupun cikgu tahu kalian penat dan keletihan.


Menu sempoi malam semalam.. Tetiba tekak terasa nak makan spaghetti.. Kebetulan masih ada bahan2nya lagi.

p/s : Mood hari ni : Rindu pada suami tersayang...
Perasan tak yg cuaca sejak akhir2 ni ter"sangatlah" panas..
Semua orang mengadu perkara yg sama waktu di sek.
Pemanasan global dah semakin teruk..

4 comments:

  1. Kita mmg cikgu yang sentiasa sibuk...tapi sempat blogging lagi kan..?hi hi hi

    ReplyDelete
  2. Buat Kak Rahiza,
    Betul tu kak. hehe.. Minat kita sama la..

    ReplyDelete
  3. Blog yg sgt cantik.. boleh tak akak sedut beberapa gadget yg menarik itu....

    ReplyDelete
  4. kenangan zaman persekolahan ni..hari guru pon dah dekat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...