Sila klik link bawah...

Sunday, July 24

Alhamdulillah.. telah selamat berlepas ke Tanah Suci

Salam buat semua,
Alhamdulillah Abang Nur dan rombongan umrah beliau telah pun berlepas ke Tanah Suci pada lebih kurang jam 2 petang tadi dengan menaiki pesawat di KLIA. Sungguh bertuahnya beliau kerana menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah untuk musim umrah tahun ini.

Abang Nur berangkat ke Tanah Suci seorang diri dengan ditemani rakan-rakan sekerjanya iaitu seramai 9 orang. Sesungguhnya detik ini merupakan pengalaman yang terindah dalam hidup beliau kerana dapat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak di Tanah Suci. Saat keberangkatan abang Nur dipenuhi dengan linangan air mata isteri dan ahli keluarga yang lain. Seawal jam 7.00 pagi, abang Nur bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan kemudian menaiki pesawat ke Tanah Suci di KLIA sekitar jam 2.00 petang tadi.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau tatkala menunaikan ibadah umrah. Semoga satu hari nanti diri ini dan ahli keluarga yang lain akan dapat turut sama dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang turut mendoakan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua.

Sekian, wassalam.

Huda (anak kedua abang Nur)- Huda nampak segar bugar pada awal pagi dan turut sama menghantar ayahnya di airport.

Humaira- (Anak sulung abang Nur) -Dia sangat rapat dengan ayahnya.

Keluarga Abang Nur - Merakamkan foto kenangan bersama isteri dan anak2 sebelum beliau bertolak ke Tanah Suci.

Ahli keluarga yang turut sama hadir.

Sesi bermaaf-maafan bersama isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke KLIA.

Keberangkatan rombongan umrah di KLIA. Suami Nur merakamkan gambar ini sewaktu di KLIA, kebetulan beliau berada di KL hari ini.

4 comments:

  1. semoga selamat pergi dan kembali

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah........
    semoga selamat pergi dan balik, dan abang kak nur dan 9 lagi rakannya selamat menunaikan umrah

    kak, ayu tanya sbb terfikir kalau abang kak pi, anak2 dia siapa jaga.. rupanya.. dia pi dgn kawan2

    ReplyDelete
  3. salam..
    alhamdulillah..
    moga Allah permudahkan urusan anda
    selamat pergi selamat menjalani ibadah dan selamat kembali..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...