Sila klik link bawah...

Sunday, July 3

Makan Malam di Restoren Terapung Seafood Bujang Firefly,Bandar Penawar, Kota Tinggi

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Lega rasanya bila aktiviti sukan di sekolah telahpun berakhir dan begitu juga dengan Program Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia. Pada tahun ini, Rumah Biru telah berjaya mengekalkan kejuaraannya untuk 2 tahun berturut-turut. Rumah sukan Hijau hanya menduduki tempat kelima. Adat pertandingan, semestinya ada yang menang dan ada yang kalah.

Minggu lepas, sempat juga suami buat kejutan dengan membawa Nur makan malam di Bandar Penawar. Perjalanan yang diambil tidak memakan masa yang lama kerana kami menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru. Nak tahu ke mana destinasi kami malam tu.. Jom lihat gambar di bawah..


Jambatan di Lebuhraya Senai-Desaru.. 
Indahnya pemandangan waktu ni..



Destinasi yang dituju iaitu Restoren Terapung Seafood Bujang Firefly.. Pemilik restoren ini juga memiliki blog, sila klik di SINI


Pemilik Restoren Seafood Bujang Firefly


Jambatan kayu menuju ke restoren terapung..



Restoren Terapung Seafood Bujang Firefly



Bot "Bujang Firefly" yang membawa penumpang menyusuri Sungai Lebam untuk melihat firefly @ kunang-kunang.. Malam tu Nur tak berpeluang untuk melihat kunang-kunang seperti yang dirancang oleh suami, memandang pengunjung tidak ramai. InsyaAllah di lain kesempatan, kami akan datang lagi ke sini..

(Klik di SINI untuk lihat entri dari blogger lain yang sempat menyusuri Sungai Lebam)



Sata, makanan tradisional negeri Terengganu. Ini adalah pengalaman pertama Nur menikmati sata.. Sedap juga dan terus jatuh cinta.. Pada sesiapa yang rajin memasak, boleh klik resepinya di SINI



Menu makan malam kami.. Siakap stim, udang goreng butter, dan sotong lada hitam.. Semua menunya sedap2 belaka..




Kalau nak lihat pemandangan waktu siang, boleh berkunjung ke blog ini..

Kalau Nur rajin Nur akan buat entri untuk Hari Sukan.. Selamat berhujung minggu buat semua.. Jumpa lagi di lain entri.. Wassalam.




2 comments:

  1. salam...rasanya pernah sekali dulu ke Bandar Penawar...sekarang ntah apa rupa wajahnya...berlebih lagi dengan adanya highway...tentunya best makan di sana...(Johor makanannya sangat sedap ! )

    ReplyDelete
  2. Buat Kak Sonata anak kancil,
    Wslm. Memang dah banyak berubah kak.. Perjalanan pun dah tak ambil masa yg panjang, sebab highway dah dibuka.. Terima kasih kak sebab memuji makanan orang2 di Johor.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...